Sales jatuh waktu wabak COVID-19? Korang kena try strategi ini untuk kekalkan momentum bisnes balik!

March 12, 2020 7:25 pm Published by Leave your thoughts

Hari ini WHO telah mengeluarkan kenyataan mengenai wabak Corona Virus COVID-19 telah mencapai level pandemik.

Apa itu Pandemik? Korang boleh rujuk infografik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber – Twitter KKM

Banyak bisnes terjejas disebabkan wabak Covid-19 ini. Tak kira samada offline mahupun online. Kami di AVANA nak pastikan korang sebagai owner bisnes dapat kekalkan momentum bisnes korang dengan memberikan layan terbaik kepada pelanggan korang sama seperti sebelum isu wabak COVID-19 ini berleluasa.

Lihat 3 cara di bawah ini bagaimana korang boleh bagi sokongan yang terbaik dekat pelanggan korang sebanyak yang mungkin.

Berhubung dengan pelanggan menggunakan sosial media

Korang boleh guna sosial media untuk update customer korang semasa situasi COVID-19 ini berleluasa. Korang boleh buat post, video Live dan Stories menggunakan Facebook dan Instagram.

Antara benda-benda yang korang boleh upadate dekat customer korang –

  • Status order customer korang – Order customer sangkut ke tak time posting.
  • Jumlah stok korang ada – Samada korang dapat restock atau tak.
  • Isu-isu yang efek bisnes korang – Stok putus, barang shipping tak sampai lagi, aktiviti pengeposan dihadkan.
  • Share awareness pasal wabak Covid-19.
  • Selalu reply bila customer contact supaya mereka tak ingat yang bisnes korang scam.

Bina kepercayaan pelanggan anda

Korang kena selalu update dan transparent dengan pelanggan korang. Apa-apa benda yang customer korang tanya, korang tak boleh tipu-tipu.

Selain menjawab pertanyaan pelanggan, korang juga boleh dapat order, buat support online dan buat video call. Korang boleh buat soalan FAQ dan setkan respons menggunakan template auto-reply macam dekat bawah –

“Terima kasih sebab contact kami. Sekarang ini kami tengah bertungkus-lumus untuk reply semua mesej yang kami dapat. Kami akan hubungi anda semula secepat yang mungkin. Sila jaga diri & ikuti hal arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sentiasa berhubung dengan staff anda

Pekerja korang merupakan salah satu aset yang sangat penting ketika ini. korang perlu terus berhubung dengan pekerja korang untuk mereka dalam keadaan yang baik untuk meneruskan operasi bisnes.

Korang pakai WhatsApp group dan Telegram group sebagai medium untuk communicate dengan diorang mengenai pengumuman penting, memberikan respons dan apa-apa sokongan yang pekerja korang perlukan.

Antara benda-benda yang korang boleh pesan dekat staff korang –

  • Selalu jaga kesihatan.
  • Back up planning untuk bisnes operation korang.
  • Cara-cara staff korang handle customer, supplier, vendor.

Korang semua semua kena selalu berjaga-jaga dan ambil tahu berita-berita sahih yang latest pasal wabak COVID-19 supaya korang sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dekat bisnes korang nanti.

Share artikel ini dekat kawan-kawan korang yang ada buat bisnes. Ingatlah — “Setiap kesusahan, pasti ada kesenangan.”



Categorised in: ,

This post was written by AVANA