[COVID-19]Langsung tak ready nak kerja dari rumah? Point no 4 paling penting sekali!

March 18, 2020 11:21 am Published by Leave your thoughts

Hari ini startlah ‘Sekatan Pergerakan’ macam Perdana Menteri umumkan pada 10 malam hari Isnin yang lepas. ‘Sekatan Pergerakan’ start dari 18 Mac – 31 Mac ini. Banyak bisnes-bisnes dah start pakai polisi ‘Work From Home’ dekat staff diorang untuk teruskan operasi bisnes macam biasa.

So kat sini ada beberapa tips untuk korang  ‘Work From Home’ dan terus berkerja macam biasa tapi tak bagi effect dekat kualiti kerja korang.

1. Buat satu ruang khas untuk buat kerja.

Bayangkan kalau korang buat kerja dekat depan TV, baring atas tilam atau dekat meja makan. Sah-sah korang senang terganggu time buat kerja tu kan? Cuba cari satu ruang & buat ruang tu ala-ala sama macam meja dekat office, supaya korang ‘vibe’ & ‘feeling’ untuk buat kerja lebih efektif dan produktif.

2. Pastikan korang senang di contact

Make sure bateri phone, laptop full. Wifi & mobile data selalu ada. Sebab kalau salah satu benda tu tak ada, confirm susahkan korang nak siapkan kerja & contact team korang.

3. Selalu update progress kerja dekat team

Kena selalu update progress dekat team untuk make sure semua orang still keep on track untuk achieve KPI masing-masing. Setkan satu masa (Contoh: Lepas habis waktu kerja – Pukul 6 petang) pastikan semua orang update apa yang korang sepanjang hari tu.

4. Displin dengan jadual kerja

Buat kerja ikut waktu kerja office korang. Kalau start pukul 8 pagi habis pukul 5 petang, make sure korang betul-betul fokus buat kerja time tu. Supaya korang tak tarik masa untuk siapkan kerja time waktu malam pulak. Korang mesti tak nak buat kerja waktu malam kan?

Kalau korang tak pernah ‘Work From Home’ sebelum ni, memang agak susah untuk biasakan diri untuk 2-3 hari ini. Kunci paling utama dalam ‘Work From Home’ ini, korang kena DISPLIN. Itu je. Lama-lama korang akan belajar & terbiasa cara untuk kerja sendiri-diri walaupun korang tak buat kerja dekat dalam office.

Share artikel ini dekat kawan-kawan korang yang still kekok dengan ‘Work From Home’ ini!

Nak ambil peluang buat website online untuk bisnes online, korang boleh try guna AVANA. – Register sekarang

Dapatkan tips-tips terbaru bagaimana bisnes online boleh menghadapi COVID-19 melalui AVANA di Facebook, Instagram, Twitter & Medium.

Tags: , ,

Categorised in:

This post was written by AVANA