Promosi-promosi yang dapat tolong bisnes owner time COVID-19 ini!

March 22, 2020 2:45 am Published by Leave your thoughts

Waktu semua tengah work from home sebab COVID-19, banyak syarikat-syarikat ambil peluang bagi macam-macam diskaun & promosi yang mereka tak pernah buat sebelum ini.

Syarikat telekomunikasi paling banyak buat promosi sebab mereka nak make sure semua orang kekal dapat berhubung antara sama lain. Lebih-lebih lagi untuk korang sebagai bisnes owner!

Celcom

Diorang bagi unlimited data acess untuk WhatsApp & Microsoft 365 untuk pengguna postpaind and Xpax prepaid dari 8 pagi – 6 petang hari-hari.


Yoodo

Free 1GB data setiap hari Isnin bermula 23 Mac – 27 April 2020 ini!


U Mobile

Haa, yang ini semua orang mesti suka! U Mobile doublekan korang punya data internet. Contoh dia – Kalau data internet korang 50GB, diorang tambah lagi 50GB. So total korang ada 100GB!

Untuk pengguna prepaid pula, korang hanya perlu activate GX38 untuk dapatkan jumlah data hotspot yang seganda! (3GB jadi 6GB)


DiGi

Untuk pengguna post paid dan postpaid brandband boleh redeem 1GB data tiap-tiap hari. Boleh pakai dari 8 pagi – 6 petang. Korang boleh dapatkan dekat MyDigi app.

Manakala pengguna prepaid pula, setiap kali top up RM10 dan keatas, korang akan dapat 300MB + 5 minit call (Boleh pakai dalam tempoh 3 hari). Atau korang top up RM30, korang akan dapat 1GB + 15 minit call (Boleh pakai dalam tempoh 7 hari).

Offer ini sah dari sekarang sampailah 31 Mac 2020.


Maxis

Bermula 27 Mac 2020, Maxis bagi internet data sebanyak 3GB untuk semua pelan postpaid. Korang boleh gunakan Skype, Zoom dan Microsoft Team tanpa dikenakan apa-apa caj internet data!

Manakala pengguna Hotlink pula percuma 20GB untuk setiap pembelian HotlinkMU, 30% kredit cashback setiap kali reload digital & penebusan internet percuma di aplikasi Hotlink RED.

Sebagai tambahan, korang boleh bukak semua laman web kerajaan tanpa dikenakan sebarang caj internet data.

So korang bolehlah ambillah manfaat ini buat strategi balik dengan team korang macam mana nak make sure bisnes korang dapat  terus bertahan dalam situasi sekarang ini. Korang jugak boleh stay update dengan customer pasal bisnes korang + share awareness pasal COVID-19 ini!


BONUS

Jap jap ada bonus diskaun untuk kita semua. Benda-benda ini agak mustahil nak dapat time-time biasa. Tapi time waktu COVID-19 inilah baru kita dapat rasa.

TNB

Start 1 April – 30 September 2020, TNB bagi diskaun sebanyak 15% untuk 6 sektor perniagaan – Agensi pelancongan dan pengembaraan, Hotel, Taman tema, Pusat konvensyen, Kompleks membeli belah dan Syarikat penerbangan tempatan.

Untuk penggunaan domestik pula (bil elektrik rumah korang), sebanyak 2% diskaun diberikan.


Bank

Bank-bank dah start bagi kelonggaran untuk kita semua buat pembayaran loan. Korang boleh check senarai bank-bank tu dekat sini > Senarai Bank


Astro, iFlix & Unifi TV

Buat bisnes ini bukan benda yang senang, ada masa kita dah rasa tepu sangat tak de idea nak buat apa. Korang boleh try tengok cerita-cerita yang ada dari Astro, iFlix & Unifi TV. Kot-kot boleh dapat idea-idea baru yang korang tak pernah terfikir sebelum ni. hehe

Kongsilah artikel ini kepada rakan-rakan korang yang lain. Bak kata mat salleh – “Sharing is caring” kan? 😉

Dapatkan cerita-cerita terbaru bagaimana bisnes online boleh menghadapi COVID-19 melalui AVANA di Facebook, Instagram, Twitter & Medium.

Tags: , , , ,

Categorised in: ,

This post was written by hazim avana