Efek COVID-19 dijangka berlarutan sampai akhir tahun. Apa bisnes owner kena buat?

March 23, 2020 12:51 am Published by Leave your thoughts

Semalam saya sempat join beberapa live sharing session daripada beberapa orang founder-founder bisnes dari pelbagai jenis bidang kongsikan pendapat & pengalaman diorang dalam menghadapi masalah COVID-19 yang mengganggu bisnes diorang.

Dekat sini saya highlight beberapa perkara mereka kongsikan yang boleh kita semua sebagai bisnes owner dan orang ramai dapat refleks dan fikirkan survival kita semua selepas ini.

Serangan COVID-19

  • “Tahun 2020 ini, kita expect something big will happen untuk bisnes kita, tapi end up benda lain pulak yang jadi. COVID-19 ini masalah pandemik yang bagi efek dekat satu dunia. Bukan Malaysia je. Kita expect efek COVID-19 ini akan berlarutan sampai akhir tahun ini.”
  • “Kita buat bisnes bukan untuk 1 – 2 tahun. Kita ada long term punya plan. Tapi sayangnya, kita tak buat business contingency plan / business continuity plan bila berlaku apa-apa krisis.”

Work From Home

  • “Kita kena selalu bertenang & cuba teruskan kehidupan macam biasa walaupun buat kerja dari rumah.”
  • “Dah sampai masa semua orang kena adapt cara kerja baru.”

Jalan Penyelesaian Sementara Waktu

  • “Inilah masa kita sebagai majikan kena explain dekat staff kita apa perancangan kita dalam tempoh 6 – 9 bulan nanti.”
  • “Kita anggap sekarang ini sebagai tempoh bertenang. Time inilah kita nak kuatkan branding bisnes kita. Kita tanya khabar customer-customer kita. Tunjuk dekat mereka yang kita ambil berat pasal mereka.”
  • “People might not buy today, but they will buy later. Sebab diorang akan selalu ingat brand kita.”
  • “Apa yang kita nampak sekarang essential services macam bisnes online & delivery akan meningkat kaw-kaw. Sekarang ini pun demand pun dah tinggi.”
  • “Antara model bisnes yang tengah naik sekarang – dropship & affiliates.”
  • “Inilah masa kita nak share knowledge dekat orang baru yang belajar buat bisnes.”
  • “Try buat bisnes dengan orang dah ada brand. Orang membeli bukan sebab produk semata-mata. Tapi brand pun memainkan peranan yang penting. Dan nak bangunkan brand ambil masa.”Find knowledge & belajar benda2 baru.”
  • “Ada orang sales online dia 80% naik time COVID-19 ini. Benda paling penting nak buat bisnes online kena minat dan find the right tools & right time. Kalau bisnes kita online, kita tak rasa impak sangat.”
  • “Setiap benda yang jadi ini ada benda yang baik. Kita kena consider untuk buat digital transformation.”

Muhasabah Diri

  • “Sebenarnya ini masa yang terbaik untuk reflek our blessings. Positivity is our cure. Everytime kita hadap benda tak baik, its a preview we got something better.”
  • “Kita kena keep on our semangat up.  It hurt us, tapi kalau compare 4-5 tahun lepas time kita baru nak start bisnes, kita tak ada apa-apa yang kita ada sekarang. Kita pasti boleh lalui COVID-19 ini bersama-sama.”
  • “COVID-19 banyak buat kita semua buka mata. Banyak lagi sebenarnya kita still lompong dalam pengurusan bisnes kita. Apa orang kata – Sediakan payung sebelum hujan.”
  • “Semua orang tengah susah. Kita kena bekerjasama dgn semua orang termasuklah dengan competitor kita. Sebab yang penting sekarang ini, bisnes kita semua boleh survive sampai ekonomi pulih.”

Lepas habis sesi live mereka semua, buat saya termenung kejap. What’s next? Semoga kita semua dapat bertahan mengharungi cabaran COVID-19 ini!

Kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan lain yang ada buat bisnes. Dapatkan cerita-cerita terbaru bagaimana bisnes online boleh menghadapi COVID-19 melalui AVANA di FacebookInstagramTwitter & Medium.


Anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi affiliates atau dropship dengan AVANA Reseller Program

Tags: , , ,

Categorised in: , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *