“Aduh, betul ke bazaar ramadhan tak ada tahun ini? Macam mana nasib semua peniaga?”

April 2, 2020 12:41 pm Published by Leave your thoughts

Ramai peniaga-peniaga bazaar ramadhan dah risau macam mana nak buat sekarang ini. So far Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah dah cancel bazaar ramadhan dekat tempat diorang.

Tapi jangan panik, bertenang, sebab korang still ada peluang untuk terus meniaga macam biasa cuma tahun ini korang meniaga secara online! Nah beberapa tips yang kitaorang boleh kongsikan dekat korang semua – 

1. Cari & join group-group bazar ramadhan online.
Sekarang dah banyak orang buat group bazaar ramadhan online dekat Facebook, WhatsApp & Telegram. Ada itu siap buat group khas untuk delivery je!

Tips – Cari group-group yang ramai ahli dia yang aktif komen, like post-post dekat dalam group itu.

2. Rajin buat iklan.
Promote produk-produk korang sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Lagi banyak kali orang nampak iklan korang, lagi tinggi peluang orang tu nak beli dekat korang.

Tips – Korang boleh try promote – 9 pagi, 1 tengah hari, 3 petang, 6 petang, 8 malam.

3. Cari runner.
Bila dah ada runner, diorang terus boleh ambil barang dekat tempat korang dan hantar terus ke pelanggan. And korang boleh fokus siapkan order-order pelanggan.

Tips – Cari dan join group runner/delivery. Lepas itu korang deal dengan runner-runner yang berhampiran dengan tempat korang.

Haaa, kalau korang nak meniaga online tu, jangan lupa bina satu laman web untuk perniagaan anda. Senang korang nak handle order pelanggan, tak payah lagi reply WhatsApp satu-satu.

Lepas itu korang boleh upload macam-macam jenis produk dekat dalam laman web korang tu. Macam biskut raya, baju melayu, baju kurung, hand sanitizer, mask ke kan? Tapi jangan korang pi jual mercun dengan meriam buluh pulak. hehe

Macam mana nak dapat laman web online? Baca details dekat bawah ini 👇

Dalam keadaan yang sukar ini, AVANA dan Ninja Van telah berganding bahu untuk membantu mendigitalkan bisnes anda melalui program ‘Grow Your Business’. Kami berharap program ini dapat membantu bisnes offline anda untuk terus beroperasi secara online.

Dapatkan butiran lanjut mengenai program ini melalui link di bawah. Kongsi berita ini kepada kawan anda yang mempunyai bisnes juga.

“Bila kita bekerjasama, kita pasti berjaya mengharungi keadaan sukar ini!”

Dapatkan butiran lanjut di bawah –

👇

[BM]
https://tinyurl.com/gyb2020

[ENG]
https://tinyurl.com/gyb-2020


Share artikel dekat kawan-kawan yang selalu meniaga bazaar ramadhan tiap-tiap tahun. Semoga kita terus diberikan kekuatan & dimudahkan urusan perniagaan kita semua!

Tags: , , , , ,

Categorised in: , , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *