Kenapa Hari Ini Database Pelanggan Sama Berharga Dengan Minyak?

June 3, 2020 12:35 pm Published by Leave your thoughts

Tahu tak database pelanggan itu satu benda yang berharga dalam bisnes? Level berharga database pelanggan untuk bisnes dah macam level berharganya minyak untuk pasaran dunia. Ramai yang terlepas pandang pasal database dalam bisnes mereka. Ini fakta yang ramai bisnes owner akui –

“Hanya 10%-20% dari jumlah database yang ada akan menjadi pelanggan anda.”

Hari ini kami kongsikan kenapa database pelanggan sangat penting untuk bisnes anda. Database pelanggan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Prospek dan Pelanggan.

Prospek (Orang yang belum membeli) – Database anda boleh dapat melalui mesej yang anda dapat di WhatsApp, Facebook Pages, Instagram, Telegram, Emel dan lain-lain lagi. Antara butiran yang ringkas yang anda boleh dapat daripada mereka ialah nama, emel, no telefon dan umur. Walaupun mereka tidak membeli waktu itu, potensi untuk mereka membeli pada masa akan datang agak tinggi disebabkan mereka sudah menunjukkan minat pada brand anda.

Pelanggan (Orang yang sudah membeli) – Database ini anda boleh dapat semasa mereka sudah membuat pembayaran dan bagi butiran untuk pengeposan produk anda. Antara butiran yang anda boleh dapat ialah nama, emel, no telefon, alamat, umur dan lain-lagi. Anda boleh hubungi mereka untuk mendapatkan feedback produk dan servis yang anda tawarkan kepada mereka.

Antara benda paling penting bila simpan database pelanggan ini, anda dapat JIMAT BANYAK KOS di dalam bisnes anda seperti kos buat produk baru, kos marketing dan lain-lain lagi.

Dengan database pelanggan yang teratur, anda boleh jual macam-macam produk yang betul kepada pelanggan dan buat marketing yang betul untuk pelanggan anda.


Ada macam-macam cara untuk kumpul & susun database pelanggan anda. Salah satu cara, anda boleh dapatkan sistem pengurusan database pelanggan dengan PERCUMA bila anda membina website eCommerce dengan AVANA.

Susun database pelanggan anda dengan AVANA hari ini. Daftar sekarang untuk dapatkan FREE TRIAL selama 14 hari – http://bit.ly/freestoreavana

Categorised in: , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *