3 Cara Untuk Naikkan Sales Semasa Dan Selepas Bulan Syawal

June 5, 2020 7:17 pm Published by Leave your thoughts

Selalunya time waktu Syawal ini, banyak bisnes yang slow sebab majoriti rakyat Malaysia tengah dalam mood raya. Sebulan dua lepas itu, barulah sales dapat pick up balik. Tapi betul ke memang tak ada orang yang membeli time waktu raya-raya macam ini?

Dekat sini kami nak share 3 tips yang anda boleh cuba untuk dapatkan sales semasa bulan Syawal ini. Kena buat dulu, baru kita tahu masih ada orang-orang yang tengah shopping online ke tak.

1. Teruskan Buat Marketing

Waktu orang lain tengah ‘slowdown’ time bulan Syawal ini, inilah masa untuk anda teruskan aktiviti marketing supaya orang boleh terus ingat brand anda. Sekarang ini ramai orang tengah online dekat medai sosial itu. Cepat tarik perhatian mereka untuk melihat brand anda! Mungkin pada mereka tidak membeli pada anda pada masa ini, tetapi pada masa-masa akan datang mereka berpotensi tinggi untuk jadi customer anda.

2. Check Balik Database Pelanggan

Cuba check balik rekod pelanggan & prospek yang ada dalam database anda. Bagi tawaran yang tidak boleh ditolak kepada kedua-dua kumpulan database ini. Sebagai contoh –

Pelanggan – Anda boleh offer mereka dengan [set kombo + free postage] sebab mereka baru membeli produk semasa bulan Ramadhan yang lepas daripada anda.

Prospek – Anda boleh offer mereka dengan [set kombo + free gift] sebagai tanda salam pengenalan & menghargai pelanggan baru anda.

3. Buat Sales Sekali Lagi

Walaupun anda baru lepas buat sales semasa Ramadhan yang lepas, pasti ada banyak lagi peminat brand anda yang mahu dapatkan lagi produk anda lebih-lebih lagi semasa PKPB ini.

Kami harap tips-tips ini dapat bagi idea macam mana anda boleh naikkan semula sales anda.

Last but not least, Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada anda yang membaca artikel ini. Share dekat kawan-kawan anda yang tengah cari idea untuk naikkan sales pada bulan Syawal ini.

Categorised in: , , , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *