Bagaimana PENJANA dapat membantu peniaga mikro & SME seperti anda?
July 3, 2020 12:35 pm Leave your thoughtsPada awal bulan Jun yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang berjumlah RM35 billion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara.
Antara bantuan-bantuan menarik yang ditawarkan kepada peniaga-peniaga mikro & SME seperti anda ialah –
1. Kempen eCommerce kepada Perusahaan Mikro dan PKS
Jumlah: RM70 Juta
Kerajaan mengalakkan SME dan Mikro SME beralih kepada peniagaan online melalui program yang kerajaan dibiayai bersama di antara kerajaan dan platform eCommerce.
Maklumat lanjut: www.penjana.treasury.gov.my
2. “Shop Malaysia Online”
Jumlah: RM70 Juta
Kerajaan akan bekerjasama dengan penyedia platform-platform eCommerce untuk membiayai bersama diskaun e-voucer bagi mengalakkan pembelian online bagi produk-produk tempatan.
Maklumat lanjut: www.penjana.treasury.gov.my
3. Pusat Sehenti MyAssist SME
Jumlah: RM5 Juta
Sebuah platform sehenti yang menyediakan bimbingan perniagaan online untuk SME akan diwujudkan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan akses kepada SMEHub yang sedia ada. Antara bimbingan yang ditawarkan ialah –
- Kemudahan pembiayaan
- Kemudahan perdagangan
- Penjenamaan dan promosi
- Sokongan Teknologi
- Perundangan
Maklumat lanjut: www.smecorp.gov.my
4. Pembiayaan PKS PENJANA
Jumlah: RM2 billion
Pihak bank menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 billion dengan had maksimum pembiayaan sehingga RM500,000 bagi setiap SME. Keutamaan pembiayaan ini diberikan kepada SME yang belum pernah mendapat pinjaman daripada pihak bank tersebut.
Maklumat lanjut: Sila rujuk laman web bank masing-masing.
5. Pembiayaan Mikrokredit PENJANA
Jumlah: RM400 Juta
Setiap perniagaan layak untuk memohon pinjaman maksimum sehingga RM50,000. Sebanyak RM50 juta dikhususkan untuk usahawan wanita.
Maklumat lanjut: www.tekun.gov.my | www.mybsn.com.my
6. Pembiayaan Mudah Bumiputera
Jumlah: RM500 juta
Pihak PUNB akan memberikan pembiayaan berjumlah RM200 juta khas untuk perniagaan milik Bumiputera dalam bentuk:
– Modal kerja
– Perbelanjaan operasi
– Automasi sistem
– Peralatan dan perbelanjaan untuk membuat amalam ‘social distancing’ seperti alat perlindungan diri (mask, hand sanitizer, glove dan lain-lain)
Pihak MARA pula menawarkan –
– Pinjaman modal kerja berjumlah RM300 juta untuk membantu usahawan Bumiputera yang terjejas termasuk kolej latihan.
– Maksimum jumlah pinjaman adalah RM1 juta dengan kadar faedah 3.5% setahun.
Maklumat lanjut: www.punb.com.my | www.mara.gov.my
7. Potongan cukai untuk perbelanjaan berkaitan COVID-19
Jumlah: RM600 juta
Pihak kerajaan memberikan potongan cukai atau elaun modal bagi mencegah COVID-19 –
– Kos saringan COVID-19
– Perbelanjaan bagi PPE dan pengimbas suhu
Maklumat lanjut: www.hasil.gov.my
8. Kempen beli barangan buatan Malaysia
Jumlah: 20 juta
Pihak kerajaan dan agensi berkaitan akan mengadakan kempen ‘Beli Malaysia’. Dalam masa yang sama, akan diwujudkan saluran khusus untuk produk Malaysia di platform eCommerce.
Maklumat lanjut: www.kpdnhep.gov.my
Anda bolehlah menarik nafas lega dan rebut bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Untuk maklumat lanjut bagi setiap bantuan-bantuan yang ditawarkan, klik pada link yang telah kami letakkan pada senarai bantuan-bantuan di atas.
Dalam masa yang sama, AVANA juga menawarkan bantuan kepada anda yang ingin membawa perniagaan ke platform online. Kini perniagaan anda boleh terus beroperasi 24-7 tanpa henti, pembeli boleh membeli produk anda bila-bila masa, kos operasi dapat dikurangkan dan anda boleh menguruskan perniagaan dengan lebih efektif & efisyen. Bawa perniagaan anda ke platform online hari ini. Klik sini!
Semoga bantuan-bantuan ini dapat merancakkan semula perniagaan anda semua. Jangan lupa untuk share berita gembira ini kepada rakan-rakan yang ada membuat perniagaan sama.
Tags: bantuan kerajaan, covid-19, penjanaCategorised in: Uncategorized
This post was written by AVANA