5 sebab kenapa perlu bawa perniagaan anda ke platform online

July 28, 2020 10:00 am Published by Leave your thoughts

Selepas Malaysia dilanda serangan wabak COVID-19, cara jual beli sudah tidak sama seperti dulu lagi. Banyak perniagaan tidak dapat lagi beroperasi seperti biasa. Sebagai jalan alternatif, perniagaan-perniagaan mula menggunakan platform online untuk menjual barangan kepada pelanggan mereka.

Angka pembelian secara online semakin hari semakin meningkat. Ini 5 sebab anda perlu bawa perniagaan ke platform online hari ini –

1. Dapat tarik pembeli baru bila mereka buat carian dekat Google Search

Menurut satu kajian yang dijalankan, kebanyakan pembeli menggunakan Google Search untuk mencari barangan yang mereka mahukan sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli. Bila anda mula mempunyai website eCommerce sendiri, peluang untuk pembeli membeli dari anda semakin meningkat.

2. Pembeli masih boleh membeli walaupun kedai dah tutup

Jika sebelum ini anda hanya mampu beroperasi dari pagi sampai ke malam. Tapi dengan adanya website eCommerce sendiri, perniagaan anda boleh beroperasi 24 jam-7 hari tanpa henti. Senang pembeli-pembeli yang aktif pada waktu malam nak shopping dekat website eCommerce anda.

3. Anda bebas untuk buat tawaran sendiri

Bila anda mempunyai website eCommerce sendiri, anda boleh buat pelbagai tawaran seperti free shipping, free membership, rewards point dan lain-lain lagi. Tak sama bila anda menggunakan platform marketplace bila anda kena ikut peraturan-peraturan yang dikenakan oleh platform marketplace tersebut.

4. Pembeli senang nak share perniagaan anda dekat kawan-kawan mereka

Pada zaman digital ini, ramai pembeli suka berkongsi pengalaman membeli online di media sosial peribadi mereka. Bila pembeli rasa senang membeli dari website eCommerce anda, mereka pasti akan share perniagaan anda kepada rakan-rakan mereka yang lain.

5. Dapat kuatkan lagi branding perniagaan anda

Bila perniagaan anda mula menjadi sebutan orang ramai di media sosial, secara tak langsung branding perniagaan anda semakin kukuh di platform online. Lebih ramai orang akan mengetahui perniagaan dan produk anda, sekaligus dapat memberikan kepercayaan dan minat kepada orang ramai untuk membeli dari website anda.

Ramai orang ingat untuk memulakan perniagaan di platform online menggunakan kos yang tinggi, tahu buat coding dan perlu ada kepakaran membuat design website. Tapi yang sebenarnya, anda boleh bawa perniagaan anda ke platform online dengan PERCUMA!

AVANA menyediakan website eCommerce digabungkan sekali dengan sistem pengurusan perniagaan online di dalam satu platform. Ianya PERCUMA dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan yang anda jalankan – Cuba AVANA hari ini.

Tags: , , , ,

Categorised in: , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *