Buat 4 Perkara ini, Perniagaan Online Anda Dapat Kekal Relevan Di Pasaran!

August 11, 2020 10:30 am Published by Leave your thoughts

Kalau kita tengok trend ekonomi pada masa akan datang, jualan online bakal menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada negara. Salah satu penyebab jualan online meningkat disebabkan oleh PKP yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Menurut Ganesh Kumar Bangah dari PIKOM — “Pada musim PKP ini telah menjadi penyebab utama ramai orang mula membeli dan menjual melalui platform online.”

Ada 4 perkara yang anda perlu titik beratkan untuk memastikan perniagaan online anda dapat terus kekal relevan di pasaran.

1. Pilih teknologi & platform memudahkan pelanggan membuat pembelian

Sekarang ini sudah banyak teknologi & platform yang menawarkan laman web yang lengkap dengan sistem pembayaran online, kurier penghantaran, kupon kod dan lain-lain lagi. Kurang dari 5 minit, pelanggan sudah siap membuat pembelian di laman web anda.

2. Dapatkan kepercayaan pelanggan di pelbagai platform online.

Pelanggan membeli bila adanya kepercayaan dengan penjual. Salah satu cara anda boleh tambah kepercayaan pada pelanggan anda dengan membuat pemasaran di pelbagai platform online seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan lain-lain.

3. Mudahkan pelanggan membuat pembayaran.

Lagi senang proses pembayaran online, lagi mudah pelanggan membeli dari website anda. Pilih sistem pembayaran online yang kebanyakkan pelanggan pakai, supaya mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk membuat pembelian di website anda.

4. Buat pelanggan gembira dengan penghantaran sepantas kilat

Lagi cepat pelanggan dapat barang, lagi cerah peluang mereka datang membeli semula di website anda pada masa akan datang. Kurier penghantaran yang ada membuat perkhidmatan self pick up di tempat anda dapat memberikan anda masa lebih untuk fokus pada aktiviti-aktiviti perniagaan yang lain.

“Pihak kerajaan telah memperkenalkan banyak inisiatif yang melibatkan teknologi digital dan aplikasi ICT untuk perniagaan tempatan. Saya percaya dengan mendapat bantuan daripada pembekal solusi, PKS dapat muncul pasca-MCO yang lebih kuat yang seterusnya akan menghasilkan sumbangan yang lebih baik kepada ekonomi negara,”

Naib Presiden Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong.

Jika anda masih tercari-cari platform online yang dapat memenuhi keempat-empat kriteria di atas, Dengan hanya satu dashboard, anda sudah boleh memulakan perniagaan online yang lengkap dengan sistem pemasaran, pembayaran online dan kurier penghantaran.

Kini pengurusan perniagaan anda menjadi lebih mudah dan teratur di dalam satu platform sahaja. Percuma 14 hari akaun percubaan. Tidak perlu kad kredit. Cuba hari ini  — www.avana.asia

Tags: , ,

Categorised in: ,

This post was written by AVANA