#TipsAVANA: 10 Maklumat Merchant Perlu Kongsikan Dengan Pembeli

February 23, 2021 11:00 am Published by Leave your thoughts

Membina kepercayaan pelanggan amat penting dalam bisnes online. Berbeza dengan bisnes secara konvensional dimana pembeli boleh bersemuka dengan anda dan melihat, memegang atau merasa produk yang diingini, bisnes online pula membenarkan pembeli berinteraksi melalui laman web atau dalam talian sahaja. 

Selain menghasilkan laman web yang lengkap dan profesional menerusi AVANA, amat penting untuk anda sebagai merchant/peniaga online memastikan maklumat perniagaan anda sentiasa dikemaskini dan boleh diakses oleh pembeli pada bila-bila masa saja.

Menerusi Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, berikut adalah 10 maklumat penting yang merchant perlu kongsikan dengan pembeli di laman web masing-masing.

Jadi pastikan laman web anda sentiasa dikemaskini supaya bisnes anda dipercayai pembeli, terus meningkat dan menjangkau pembeli yang lebih luas. 🚀

Satu lagi yang menjadikan kebiasaan di kalangan bisnes online ini adalah ‘PM tepi’. Perlu diingatkan, ‘PM tepi’ itu tidak salah apabila merchant telah meletakkan harga sesuatu produk dan pembeli hanya PM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Ianya menjadi kesalahan apabila harga tidak didedahkan kepada umum.

Seperti dipetik dari Utusan Borneo, mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di atas, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau tiga tahun penjara.

Bagi syarikat yang disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 akan dikenakan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut, sila WhatsApp Khidmat Pelanggan AVANA di +6014 977 4275 atau emel di [email protected]

Jumpa lagi pada tips akan datang! 😊

Tags: , , ,

Categorised in: , ,

This post was written by Safina Othman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *