Gandakan Jualan Anda Di Minggu Akhir Ramadan

May 6, 2021 9:56 am Published by Leave your thoughts

Walaupun negara kita masih dilanda pandemik COVID-19, tidak bermakna kita tidak boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri. Membeli baju raya, kuih-muih dan dekorasi rumah biasanya dibuat ketika minggu akhir bulan Ramadan.

Kajian dari Criteo pada tahun 2019, kenaikan jualan yang paling tinggi berlaku semasa 10 hari terakhir bulan Ramadan. Pada waktu yang sama juga, kebanyakan pekerja syarikat GLC mendapat bonus 5 hingga 7 hari sebelum Hari Raya.  Mereka selalunya berbelanja besar berbanding dengan masa yang lain.

Jadi inilah masanya untuk pemilik bisnes menggandakan jualan mereka menggunakan AVANA.

Pelbagai saluran jualan

Apabila anda menggunakan platform AVANA, anda bukan sahaja boleh menjual menerusi webstore. Malah terdapat pelbagai saluran jualan tambahan seperti Facebook, Instagram, Messenger, WhatsApp dan banyak lagi. Sempena musim perayaan ini juga, anda boleh turut menjual di AVANA Raya Mall. Wah, berganda-ganda sales anda nanti!


Urus semua tempahan dengan mudah

Anda terima beratus-ratusan pesanan dari pelanggan anda. Untuk menjimatkan masa anda untuk melihat setiap pesanan, kesemua maklumat penghantaran dan pembayaran dalam talian pelanggan boleh dilihat melalui satu halaman sahaja dan secara automatik. Dengan adanya ciri ini, anda tidak akan terlepas pesanan lagi dan boleh fokus sepenuhnya terhadap mempromosikan produk anda.

Jual menerusi WhatsApp Commerce

Hampir 90% peratus pengguna smartphone mempunyai aplikasi WhatsApp. Oleh itu, pastikan anda menggunakan WhatsApp sebagai salah satu saluran anda membuat jualan.  Hanya dengan RM99.90 setahun, anda telah memudahkan proses pembelian untuk pelanggan kerana mereka boleh melihat katalog produk, membuat pesanan dan pembayaran serta-merta menerusi WhatsApp.

Buat promosi Raya

Untuk menarik minat pelanggan anda (baru atau sedia ada) untuk membuat atau menambah pembelian, buat promosi Raya melalui sistem kod yang boleh ditetapkan mengikut keperluan anda anda. Lebih menarik kod promosi, lebih banyaklah jualan anda!

Jangan terlepas pandang mesej pelanggan lagi!

Komunikasi bersama pelanggan anda amat penting supaya mereka terus membeli produk anda sekaligus menggandakan jualan anda. AVAchat boleh menguruskan semua mesej diterima dari pelbagai saluran menerusi satu dashboard sahaja. Ini menjimatkan masa anda dari melihat setiap mesej dengan membuka setiap aplikasi mudah alih. Selain maklumat produk yang sedia ada boleh dikongsikan dengan pelanggan anda, dengan satu klik sahaja anda boleh membalas mesej pelanggan anda. Kalau terlepas mesej, tak dapatlah sales!


Peniaga harus merebut peluang dengan mempertingkatkan promosi produk untuk menggandakan jualan ketika di minggu akhir bulan Ramadan. Hari Raya Aidilfitri hanya sekali dalam setahun dimana ramai orang akan berbelanja lebih banyak berbanding dengan masa-masa yang lain.

Layari laman web kami di www.avana.asia untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu bisnes anda atau klik butang di bawah untuk daftar akaun percubaan AVANA hari ini.

Selamat Hari Raya!

Tags: , , ,

Categorised in: , , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published.