Kepentingan Sistem Automasi Untuk Tingkatkan Jualan Anda

June 17, 2021 10:00 am Published by Leave your thoughts

Pemasaran merupakan nadi kepada setiap bisnes terhadap pelanggan. Bagi sesebuah bisnes yang baru beroperasi, berurusan dengan pelanggan sedia ada atau pelanggan berpotensi adalah mudah. Emel dan berhubung melalui telefon (atau WhatsApp) adalah perkara biasa dalam bisnes.

Apabila bisnes berkembang, ia agak rumit untuk mengekalkan hubungan 1-on-1 dengan setiap pelanggan. Pada peringkat ini, kemudahan emel sahaja tidak cukup untuk kita memberi perhatian kepada setiap pelanggan. Jadi inilah masa paling sesuai untuk pemilik bisnes menggandakan jualan dengan menggunakan sistem automasi. 

Mengumpul Maklumat Pelanggan

Pelanggan mempunyai citarasa yang berbeza lebih-lebih lagi jika pelanggan tersebut adalah pelanggan yang baru.  Mempunyai sistem automasi dapat membantu anda mendapatkan data yang penting mengenai pelanggan anda. Dari pilihan produk mereka hingga tarikh lahir, anda dapat mengumpulkan semua maklumat penting dan menggunakannya untuk berkongsi perkembangan terkini, memberikan mereka pilihan produk yang lebih sesuai dengan citarasa mereka serta ganjaran istimewa sempena hari lahir dan sebagainya.

Menjimatkan Masa

Mengambil pesanan jualan secara manual boleh mengambil masa yang lama dan agak remeh. Menerusi sistem automasi, proses anda akan lebih teratur dan menjimatkan masa. Sebagai contoh, anda boleh menjadualkan promosi penjualan untuk disiarkan pada masa yang tepat, automasikan pengeluaran produk baru dengan pengumuman, menjejaki pembelian, menguruskan penghantaran dan sebagainya. Ini membantu pekerja anda supaya fokus kepada tugas yang lebih produktif mempercepatkan proses pesanan dan akan meningkatkan jualan anda.  

Meminimumkan kesilapan

Dengan memperolehi data yang tepat menerusi proses automasi, jumlah kesilapan pekerja dapat dikurangkan. Selain itu, proses automasi akan memberikan notifikasi kepada anda supaya anda mempunyai masa untuk menyelesaikan jika ada apa-apa masalah. Melalui sistem automatik ini juga memberikan pekerja lebih insentif disebabkan kesilapan yang berkurangan (atau tiada kesilapan) dan tidak ada lagi pembaziran masa semasa bekerja.

Buka Setiap Masa

Kredit Foto: Cyle De Guzman | Unsplash

Bayangkan betapa mudahnya jika anda pergi bercuti dan apabila pulang anda lihat banyak pesanan diterima, dan juga bayaran.  Inilah antara kebaikan menggunakan sistem automasi dalam bisnes. Bisnes anda masih beroperasi walaupun anda sedang bercuti. Bisnes anda akan lebih mudah sekiranya produk anda berbentuk digital tanpa melibatkan proses pembungkusan. Bertambah-tambahlah sales anda nanti!

Sistem automasi sentiasa berkembang dan penting untuk membantu perniagaan anda. Dengan proses dijalankan secara automatik, anda boleh senyum melihat pelanggan berpuas hati dan pendapatan anda meningkat – kerana tugas anda menjadi sepuluh kali ganda lebih mudah!

Layari laman web kami di www.avana.asia untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu bisnes anda atau klik butang di bawah untuk daftar akaun percubaan AVANA hari ini!

Tags: , , ,

Categorised in: , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published.