Penggunaan Aplikasi Telegram Bantu Tingkatkan Bisnes Anda
June 24, 2021 10:00 am Leave your thoughts
Bisnes online bukanlah benda yang baru malah ia digunakan oleh banyak syarikat tidak kira kecil atau besar. Lebih-lebih lagi ketika negara kita masih dilanda pandemik COVID-19 dimana perniagaan dalam talian amat penting bukan sahaja untuk membantu mempertingkatkan jualan tetapi membantu sesetengah syarikat untuk meneruskan perjuangan pada masa yang sukar ini.
Instagram dan Facebook adalah antara saluran online yang bukan sahaja popular tetapi sesuai digunakan oleh pelbagai perniagaan untuk menggandakan jualan. Tahukah anda, aplikasi Telegram bukan sahaja digunakan untuk tujuan berkomunikasi tetapi ia juga mampu meningkatkan bisnes anda? Kami ingin kongsikan rahsia aplikasi ini untuk membantu perniagaan anda.
Statistik pengguna yang tinggi
Telegram mempunyai 500 juta pengguna yang aktif pada setiap bulan dan 70 bilion mesej dikongsikan di platform ini setiap hari. Pavel Durov, pengasas aplikasi Telegram memaklumkan bahawa seramai 25 juta pengguna baru telah memuat turun aplikasi ini dalam masa tiga hari pada bulan Januari tahun ini.
Mengikut statistik daripada Sensor Tower pula, aplikasi ini dimuat turun sebanyak 6.3 juta dalam masa sebulan sahaja di Malaysia. Sebagai contoh, selebriti Neelofa mempunyai lebih 400,000 subscribers dalam saluran Telegram beliau (tidak termasuk saluran media sosial yang lain). Mulakan strategi anda dengan menyediakan group atau channel Telegram untuk menaikan jumlah pelanggan anda.
Platform interaksi yang tinggi
Selain mempunyai pengguna yang ramai, Telegram juga mempunyai platform interaksi yang tinggi disebabkan ia mempunyai gifs dan developer aplikasi yang boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Markaz Tijaari, platform rekaan pengasas PU Haris dan Neelofa bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia terutama golongan suri rumah dan pelajar yang mahu menambah pendapatan.
Jenama ini menggunakan ciri pemasaran aplikasi Telegram sama tinggi dengan pengunaan aplikasi Instagram dan Facebook mereka. Mereka menggunakan Instagram dan Facebook untuk mempromosikan jenama mereka kepada pelanggan. Manakala group Telegram digunakan untuk berkomunikasi dan coaching untuk ejen supaya mereka dapat mempelajari pelbagai tips untuk mendapat lebih ramai pelanggan.
Kelebihan Telegram pods
Telegram pods mempunyai kelebihan untuk menggandakan bakal pelanggan di saluran media sosial Instagram dan Facebook. Telegram pods terdiri daripada pengguna yang meminati sesuatu jenama dimana mereka akan memberikan komen terhadap sesuatu paparan yang dikongsikan di dalam group Telegram.
Ciri ini sangat sesuai digunakan oleh syarikat yang menggunakan teknologi terkini dan tahu mengenai penggunaan coding bots. Sebagai contoh, AVA adalah chatbot yang digunakan oleh syarikat Air Asia dimana ia digunakan untuk menghantar informasi mengenai penerbangan terus kepada aplikasi smartphone tanpa perlu melantik mana-mana pekerja untuk melakukannya. Ini bermakna, ketika anda sedang bercuti pun, interaksi diantara jenama dan pelanggan anda takkan terjejas.
Ikatan sesama pengguna dan jenama
Kebanyakan jenama yang dipromosikan di saluran media sosial Instagram dan Facebook memerlukan pengguna sebagai ‘followers’. Untuk Huawei Malaysia, mereka telah menyediakan group Telegram dimana pelanggan mereka merasakan mereka adalah sebahagian daripada Huawei dan mampu mengenali jenama itu dengan lebih dekat.
Ketika seseorang ahli memaparkan sesuatu mesej di dalam group tersebut, pelanggan yang lain akan merasakan mesej ini disampaikan oleh sesama manusia yang ada persamaan. Ikatan diantara pengguna didalam group ini amat penting untuk memastikan pelanggan masih setia dan menyokong jenama tersebut. Lebih ramai yang menyokong bisnes anda lebih ramailah sales anda nanti!

Telegram merupakan aplikasi yang sangat popular dimana lebih ramai pengguna telah memuat turun aplikasi ini lebih lebih lagi ketika pandemik COVID-19 yang telah melibatkan hampir kesemua negara sejak tahun 2020. Dengan jumlah pengguna yang makin meningkat, amat rugi jika bisnes anda tidak menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada aplikasi rekaan Pavel Durov ini.
Kami berharap rahsia yang kami kongsikan dengan menggunakan Telegram dapat membantu meningkatkan bisnes anda.
Layari laman web kami di www.avana.asia untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu bisnes anda atau klik butang di bawah untuk daftar akaun percubaan AVANA hari ini!
Categorised in: Business, Ecommerce, Tips Bisnes Online
This post was written by AVANA