Cara Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pelanggan Online Anda

July 1, 2021 10:00 am Published by Leave your thoughts

Mana-mana perniagaan memerlukan pelanggan untuk mengelakkan daripada bisnes mengalami kerugian. Pandemik COVID-19 yang telah melanda negara kita lebih daripada setahun banyak menguji ketahanan semua perniagaan untuk terus menjalankan perniagaan. Setelah makin banyak bisnes telah beralih ke digital, persaingan perniagaan dalam talian semakin sengit. Selain menyediakan produk yang berkualiti, perkhidmatan pelanggan yang bagus amat penting untuk perniagaan anda.

Bagi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dan gembira dengan bisnes anda, pastikan anda memberi layanan di luar jangkaan terhadap mereka. Jika pelanggan mempunyai pengalaman yang baik, mereka akan memberitahu 3 orang tetapi jika mereka mengalami pengalaman buruk, sekurang-kurangya 7 orang akan mendapat berita tersebut. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan pelanggan amat penting untuk mana-mana perniagaan. Dengan itu, kami akan kongsikan tips untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan online anda.

Ambil perhatian maklum balas pelanggan anda

Memberi peluang untuk pelanggan anda memberi ulasan mereka dan menganalisa maklum balas tersebut adalah penting untuk kejayaan anda. Jika anda tidak peduli terhadap pendapat mereka, anda akan kehilangan pelanggan tanpa anda sedar perkara itu sudah pun berlaku. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Kumpul kesemua pendapat pelanggan anda
  • Asingkan maklum balas mengikut kategori yang sesuai
  • Fokuskan kepada pendapat yang paling kerap disebut

Setelah anda melakukan perkara-perkara di atas, anda akan lebih memahami maklum balas yang patut anda ambil perhatian supaya anda boleh melaksanakan perubahan yang akan meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan anda.

Sediakan sokongan chat online secara live untuk setiap pelanggan

Live Chat daripada AVANA membantu mana-mana pelanggan yang mempunyai pertanyaan atau masalah.


Jika anda mahu lebih ramai bakal pelanggan menjadi pelanggan anda, pastikan anda bersedia menjawab sebarang pertanyaan daripada pelanggan anda 24/7 (24 jam/7 hari seminggu). Kebanyakan pelanggan online mahukan produk mereka secepat mungkin dan mereka tidak teragak-agak untuk membeli produk di tempat lain jika pertanyaan mereka tidak dilayan serta-merta. Pastikan segala jawapan telah disediakan (untuk soalan-soalan yang kerap ditanya) supaya wakil khidmat pelanggan anda dapat memberikan layanan yang baik terhadap bakal pelanggan atau pelanggan anda.

Paparkan kredibiliti 

Memaparkan maklum balas dan testimoni adalah cara terbaik untuk menunjukkan kredibiliti bisnes anda kepada bakal pelanggan anda. Ia memberikan mereka keyakinan bahawa bisnes anda adalah yang terbaik. Anda boleh gunakan beberapa cara seperti berikut:-

  • Bersikap telus mengenai pengalaman pelanggan anda
  • Bersikap telus mengenai harga dan terangkan proses meletakkan harga untuk perkhidmatan atau produk anda
  • Mencipta kandungan yang selari dengan misi bisnes anda
  • Mencipta kandungan yang memberikan pelanggan anda pengalaman yang lebih sempurna berbanding dengan pesaing anda

Sediakan chatbot

Walaupun anda mempunyai ejen khidmat pelanggan, chatbot amat penting untuk membantu perkhidmatan anda ketika pekerja anda sudah habis bekerja. Chatbot amat mudah digunakan dimana satu butang sahaja boleh mengaktifkannya. Dengan adanya chatbot, pelanggan anda tetap mendapat perhatian dimana pertanyaan mereka mampu dijawab serta-merta.

Perniagaan dalam talian bukanlah sesuatu yang baru tetapi tanpa strategi yang betul, bisnes anda mungkin tidak mendapat pencapaian yang diharapkan. Anda mungkin bernasib baik jika produk anda tidak sama dengan produk perniagaan orang lain. Tetapi, jika produk anda agak sama dengan pesaing anda, pengalaman perkhidmatan pelanggan yang terbaik akan menjadi penentu untuk bakal pelanggan anda.

Kami berharap anda gunakan sepenuhnya tips yang kami kongsikan untuk mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan online anda. 

Layari laman web kami di www.avana.asia untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu bisnes anda atau klik butang di bawah untuk daftar akaun percubaan AVANA hari ini!

Tags: , , ,

Categorised in: , , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *