Tingkatkan Jualan Anda Dengan Tips Deskripsi Produk Yang Mesra SEO

July 8, 2021 10:00 am Published by Leave your thoughts

Setiap individu mempunyai cara yang unik untuk mencari barang dalam talian. Perkataan dan istilah tertentu lebih biasa digunakan semasa melayari kedai online. Nada yang sesuai dan unik membina kepercayaan kepada kebanyakan pelanggan. Itulah sebabnya anda perlu menggunakan strategi menulis deskripsi produk mesra SEO (search engine optimization atau pengoptimum enjin carian).

Sekiranya maklumat produk anda tidak jelas, dan tidak menambah nilai terhadap pengalaman pelanggan, anda akan hilang sebanyak 20% pembelian secara keseluruhan. Selain itu, SEO bukan sahaja dapat membantu produk anda ditemui tetapi dapat meningkatkan jualan anda. 

Oleh itu, jika anda mahu perniagaan anda berada di hasil carian yang paling tinggi, anda memerlukan penerangan yang mesra SEO untuk halaman produk.

Kenali produk anda

Deskripsi produk mesra SEO memerlukan anda mengenali produk anda sebaik mungkin sebelum membincangkannya. Tanpa mengetahui tentang produk secara terperinci, deskripi produk mungkin ditulis tanpa menceritakan manfaat penting kepada pelanggan anda jika mereka membelinya. Anda boleh mencuba tips ini untuk memahami produk anda dengan lebih jelas:

  • Ketahui objektif dan penggunaan sesuatu produk
  • Cuba produk anda untuk mengetahui bagaimana ia berfungsi
  • Kelebihan menggunakan produk anda untuk manfaat pelanggan anda
  • Minta maklumat teknikal daripada pengilang anda
  • Lakukan penyelidikan anda sendiri

Fokus kepada ciri-ciri utama

Laman web e-dagang sering berhadapan persaingan sukar disebabkan pilihan yang terlampau banyak. Akibatnya, peniaga perlu menambahkan lebih banyak ciri-ciri utama produk untuk mengekalkan daya saing. Anda mungkin memberikan lebih banyak fungsi untuk pengguna, tetapi anda tidak akan meraih keuntungan jika tidak menonjolkan ciri-ciri utama. 

Pelanggan dalam talian selalunya tidak mempunyai banyak masa, sebab itulah kadang-kadang mereka hanya melihat paparan halaman sahaja. Anda boleh menarik perhatian mereka dengan menyenaraikan ciri-ciri utama dalam penerangan.

Gunakan bahasa yang mudah dan jelas

Pemilihan ayat yang sesuai untuk deskripsi produk sangat penting dan bergantung kepada pelanggan sasaran anda. Setiap individu memiliki perbendaharaan kata yang berbeza.  Tetapi untuk tujuan membeli-belah dalam talian, adalah lebih baik untuk menggunakan kata-kata yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. 

Disebabkan kebanyakan pelanggan e-dagang selalunya tidak mempunyai banyak masa, anda hanya perlu menarik minat mereka dengan menggunakan penerangan yang jelas dan maklumat produk yang penting untuk mereka fahami.

Gunakan keywords secara strategik

Penggunaan kata kunci (keywords) yang tidak penting akan menjejaskan kedudukan anda. Sekiranya anda cuba memasukkan keyword lebih daripada 2-3 kali dalam dokumen yang mempunyai 200-300 perkataan, keyword itu akan memberitahu SERP (Search Engine Results Page) untuk menurunkan halaman produk anda dari kedudukan teratas untuk kepada spam atau keyword stuffing. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda:-

  • Elakkan keyword stuffing
  • Gunakan LSI (Latent Semantic Indexing) keyword
  • Tambahkan keyword dalam tajuk utama, tajuk kedua dan isi kandungan landing page
  • Optimumkan gambar dengan memasukkan keywords dalam nama fail, ALT tags dan deskripsi gambar
  • Tuliskan deskripsi, kemudian optimalkannya untuk SEO.

Menulis deskripsi produk mesra SEO adalah pengalaman penambahbaikan yang berterusan. Untuk berjaya dalam bidang perniagaan anda, anda perlu menyusun deskripsi produk mesra SEO yang boleh menonjolkan kelebihan utama produk anda di mata pembeli atau bakal pelanggan anda.

Kami harap garis panduan di atas memberi manfaat kepada anda. Layari laman web kami di www.avana.asia untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu bisnes anda atau klik butang di bawah untuk daftar akaun percubaan AVANA hari ini!

Tags: , , ,

Categorised in: , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *