Strategi Pemasaran Untuk Tingkatkan Sales Anda
August 12, 2021 10:00 am Leave your thoughts
Sales adalah sesuatu perkara yang agak mencabar kerana ia melibatkan proses keinginan dan citarasa manusia yang kompleks. Kebanyakan bisnes tidak mendapat menarik pelanggan disebabkan strategi pemasaran yang tidak tepat atau tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Di sini kami kongsikan tips pemasaran yang boleh tingkatkan sales bisnes anda.
Percaya kepada produk/servis anda
Sebelum anda menjual produk atau servis kepada pelanggan, anda memerlukan kepercayaan penuh terhadap apa yang anda tawarkan. Selagi perkara ini tidak berlaku, anda akan mengalami kesukaran menjual produk atau servis anda.
Bayangkan reaksi pelanggan anda jika anda sendiri tidak percaya terhadap produk/servis anda? Untuk mencapai kejayaan, anda harus yakin bahawa ia adalah terbaik sebelum mendidik pelanggan dalam menyampaikan nilai produk/servis tersebut.
Branding yang kuat
Saingan bisnes di luar sana amat kompetitif jadi anda perlu pastikan produk/servis anda berbeza dari produk yang sedia ada. Untuk memastikan ianya menonjol, branding atau penjenamaan sangat penting untuk meningkatkan sales bisnes anda.
Mengapa jenama Nike menjadi pilihan pelanggan walaupun banyak lagi jenama sukan di luar sana? Ini disebabkan Nike mempunyai identiti tersendiri berbanding dengan jenama-jenama sukan yang lain. Nike bukan sahaja mempunyai produk yang berkualiti, tetapi mereka sentiasa berubah mengikut citarasa pelanggan mereka. Mendengar maklum balas pelanggan dan menghasilkan produk mengikut kehendak mereka adalah senjata jenama Nike untuk terus menerajui jenama sukan di serata dunia.
Logo yang menonjol
Kebanyakan bisnes tidak merasakan logo adalah sesuatu yang penting untuk pemasaran. Ada yang berpendapat perniagaan kecil tidak memerlukan logo yang menonjol. Perspektif ini harus dikikis kerana logo merupakan personaliti utama kepada bisnes anda.
Logo Golden Arches sangat signifikan sehinggakan hampir semua orang tahu itu adalah logo McDonald’s, jenama makanan segera terbesar dunia. Jika melihat logo epal, masyarakat akan tahu itu adalah logo Apple, diantara jenama teknologi terbesar dunia. Cuba bayangkan, kedua-dua logo tersebut dikenali ramai tanpa meletakkan nama bisnes mereka pun. Melalui logo yang menonjol, pelanggan anda sudah tahu apa yang ditawarkan dan apa yang mereka boleh dapatkan dari bisnes anda.
Gunakan platform media sosial
Tidak ada cara yang lebih baik untuk meningkatkan sales bisnes anda dengan menggunakan platform media sosial. Facebook, Instagram, mahupun WhatsApp dan Telegram memberikan manfaat yang banyak dalam mempromosikan perniagaan anda kepada pelanggan.
La Cremeria, jenama aiskrim popular dari syarikat Nestle bekerjasama dengan selebriti Janna Nick untuk mengadakan kempen melalui platform Instagram. Melalui kempen ini yang berlangsung hampir sebulan pada bulan Disember 2019 berjaya melonjakkan jenama La Cremeria dimata pengguna hingga mencapai 5.5 juta pengguna Instagram.
Layanan terhadap pelanggan
Layanan yang baik dan pantas terhadap pelanggan mampu membuatkan peluang untuk anda meningkatkan sales bisnes sangat tinggi. Tingkatkan kualiti servis anda. Berikan yang terbaik buat pelanggan. Dengan layanan bisnes anda yang bagus dan cepat, mereka berpotensi untuk menambahkan pembelian dan mencadangkan bisnes anda kepada kenalan mereka.
Syarikat jenama Farm Fresh menerima kritikan hebat daripada salah satu pelanggan mereka dimana susu yang dibeli sudah pun rosak pada tahun 2016. Sebelum perkara itu jadi lebih teruk, pengarah urusan Farm Fresh menghubungi terus pelanggan tersebut untuk meminta maaf dan menghantar beberapa produk tenusu Farm Fresh kepadanya untuk menebus kesilapan yang telah berlaku. Walaupun pada mulanya agak marah, pelanggan ini terus setia membeli produk Farm Fresh disebabkan cara layanan yang baik diberikan oleh pengarah urusan syarikat tersebut.
Ada berbagai cara pemasaran untu menaikkan sales bisnes. Menggunakan kaedah yang tertentu seperti penjenamaan, pengunaan logo dan sebagainya mampu menaikkan jualan mana-mana perniagaan. Kami berharap tips yang kami kongsikan ini dapat membantu perniagaan anda.
Layari laman web kami di www.avana.asia untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu bisnes anda atau klik butang di bawah untuk daftar akaun percubaan AVANA hari ini!
Tags: bisnes online, PemasaranCategorised in: #TipsAVANA, Ecommerce, Tips Bisnes Online
This post was written by AVANA