Merancang Kempen Pemasaran Anda Untuk Masa Depan

November 24, 2021 4:40 pm Published by Leave your thoughts

Terdapat pelbagai sebab kenapa kempen pemasaran memainkan peranan yang penting untuk bisnes anda. Antaranya adalah ia dapat membina kesedaran terhadap jenama anda, meningkatkan trafik dan jualan, dan menarik leads baru. Oleh itu, kempen pemasaran yang berjaya memberikan nilai dan kelebihan kepada bisnes anda tidak kira untuk jangka masa pendek atau panjang.

Terdapat pelbagai jenis kempen pemasaran yang anda boleh gunakan untuk bisnes anda. Kami akan berkongsi dengan anda 9 jenis kempen pemasaran yang sering digunakan.

Lead / Customer Acquisition Marketing

Kempen jenis ini lebih memberikan banyak manfaat ke atas kesedaran jenama anda jika hendak dibandingkan dengan keuntungan. Namun demikian, kempen ini bertujuan untuk menarik pengguna untuk membeli, mendaftar atau melanggan dengan produk anda. Ia merupakan gabungan jenis-jenis kempen pemasaran yang lain dengan tujuan untuk mendidik orang ramai tentang produk anda dan membuka peluang untuk anda menjangkau lebih jauh.

Pemasaran Produk

Jualan selepas pelancaran sesebuah produk amatlah penting sepertimana jualan ketika membuat pelancaran. Memperkenalkan produk anda kepada pasaran tidak semudah yang disangkakan kerana kejayaan sesebuah kempen pemasaran bergantung ke atas beberapa faktor utama:- 

  • Adakah mesej atau kedudukan anda tepat pada masanya? 
  • Adakah pelanggan anda (yang sedia ada ataupun yang baru) memahami nilai produk atau khidmat yang ditawarkan?
  • Bagaimanakah anda boleh mengekalkan momentum permintaan ke atas produk anda?

Soalan-soalan ini akan membantu anda dalam menguasai kefahaman anda tentang khalayak anda, keperluan mereka, dan kebolehan anda untuk kekal relevan dan menarik. 

Pemasaran Media Sosial

Kembangkan kemahiran anda dalam penggunaan media sosial dan jadikan ia sebagai sebuah platform jualan, dan hasilkan kempen pemasaran media sosial yang menarik dan efektif. 

Cipta Sebuah Pelan

  • Kaji semula prestasi media sosial anda, hasilkan sebuah pasukan, dan sediakan bajet.

Mempunyai Objektif Yang Jelas 

  • Ketahui apa yang ingin anda kecapi melalui kempen pemasaran melalui media sosial anda seperti kesedaran terhadap jenama melalui share, mention ataupun perkongsian, persinggahan ke laman web melalui media sosial, bantuan penukaran sosial, dan lain-lain

Promosikan di Pelbagai Jenis Saluran Pemasaran

  • Kongsikan kempen anda dengan saluran komunikasi yang berbeza (iklan, mesej, surat berita atau newsletter) untuk mengingatkan pelanggan

Menganalisa Hasil Kajian

  • Kaji semula kempen pemasaran anda berdasarkan objektif yang ditetapkan

Pengiklanan Berbayar atau Paid Advertising

Dengan menggunakan Google Ads dan Facebook Ads, cipta sebuah kempen dan lakukan pemeriksaan A/B untuk mengetahui jenis copywriting yang manakah mampu menarik minat khalayak anda. 

Selain daripada Search Engine Marketing (SEM), satu lagi bentuk kempen pengiklanan berbayar adalah Pemasaran Media Sosial Berbayar. Ia memerlukan anda untuk berinteraksi dengan Influencers ataupun Key Opinion Leaders (KOLs) untuk mempromosikan bisnes anda kepada pengikut mereka.

Pemasaran Konten

Kempen Pemasaran Konten memberikan fokus dan tumpuan kepada perniagaan anda—segmen pelanggan, produk / perkhidmatan, atau topik. 

  • Merancang dan menghasilkan konten yang menghubungkan topik kempen dengan pelanggan sasaran. 
  • Tentukan objektif yang spesifik
    • Penjanaan lead 
    • Kesedaran terhadap jenama
    • Interaksi di media sosial
  • Format Konten
    • Video (YouTube, IG Reels)
    • Artikel blog
    • Posting media sosial
    • Infografik
  • Gunakan kata kunci yang kompetitif dan relevan
  • Tentukan sama ada anda ingin memasarkan konten anda di saluran media sosial ataupun webstore 

Pemasaran Emel

Keberkesanan kempen pemasaran melalui emel bergantung kepada interaksi anda dengan khalayak anda. Kempen ini boleh dilakukan semudah menghantar emel yang menyambut kehadiran mereka, mendidik mereka tentang bisnes anda ataupun apabila anda ingin kongsikan satu berita baik. 

Beberapa nota penting ketika menghasilkan emel berbentuk surat berita ataupun newsletter:

  • Menulis baris subjek yang menarik perhatian
  • Pastikan copy di dalam emel anda jelas dan mempunyai tujuan
  • Masukkan butang Call-to-Action / pautan yang berkatian dengan objektif kempen
  • Mendidik leads tentang nilai dan bisnes anda
  • Melibatkan diri dalam meningkatkan kesedaran ke atas jualan, webinar, dan ciri terbaharu
  • Memupuk sikap konsisten dan fokus dalam diri pelanggan 
  • Menunjukkan minat terhadap pelanggan yang kurang aktif
  • Senaraikan pelanggan anda dalam kumpulan mengikut demografik atau aktiviti untuk melakukan pengubahsuaian yang sesuai ke atas konten 

Konten Hasil-Pengguna atau User-Generated Content

Testimoni pelanggan anda memainkan peranan yang lebih besar daripada apa yang sangkakan. Melalui konten hasil-pengguna, anda boleh meningkatkan kredibiliti anda disamping mengembangkan jangkauan anda melalui pengalaman seseorang pelanggan.

Konten yang merangkumi pengalaman pengguna boleh dikongsikan dalam pelbagai bentuk—blog, posting media sosial, video yang menyatakan rasa gembira mereka ketika menggunakan jenama, produk, dan perkhidmatan anda.

Mengapa testimoni amat penting 

  • Pelanggan anda berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka tentang nilai dan kualiti jenama anda
  • Pelanggan anda membantu anda dalam menghasilkan konten untuk bisnes anda

Kesedaran Jenama 

Seperti nama yang diberi, Kesedaran Jenama berguna dalam memastikan jenama anda kekal dikenali ramai. Namun demikian, untuk menjayakan sesebuah kempen, anda perlu:

  • Mengenali khalayak sasaran anda – mengkaji demografik
  • Mengenal pasti saluran sosial yang mempunyai kadar aktiviti yang tinggi
  • Mengambil kira bajet anda (ini akan membantu anda  dalam menentukan saluran yang sesuai untuk membuat pengiklanan)
  • Tetapkan objektif yang jelas 
  • Sentiasa pantau hasil dan prestasi kempen

Pemasaran Ahli Gabungan atau Affiliate Marketing

Sama seperti Influencer Marketing, kempen pemasaran berbentuk ini menggunakan entiti atau individu dari pihak ketiga dalam mempromosikan bisnes anda. Tetapi, kadar komisen dan durasi promosi mungkin berbeza di antara pihak-pihak tersebut.

Kempen Affiliate Marketing adalah dimana ahli gabungan anda berkongsi pautan jenama dan / banner anda di akaun media sosial atau laman sesawang peribadi mereka yang akan mengalihkan pengikut mereka ke laman web anda. Pada setiap klik yang dibuat pada konten tersebut, mereka akan menerima komisen.

Sebagai seorang pedagang di AVANA, Program Jomduuit memudahkan pengambilan, pengurusan, kadar komisen, prestasi jualan dan analitik ahli gabungan anda melalui papan pemuka berpusat kami.


Perbincangan kempen pemasaran

BONUS Idea Kempen Pemasaran

Apart from the extensive list of marketing campaigns above, here are a few more examples you can consider for your business:

Kempen Perhubungan Awam

Khabarkan kepada orang ramai tentang peristiwa atau event yang dianjurkan atau produk baru ke khalayak yang lebih besar melalui media. Kenalpasti titik jualan anda yang unik supaya organisasi media boleh menerbitkan sebuah cerita yang boleh menarik perhatian terhadap kempen anda. 

Kempen Pemasaran Rujukan 

Sama seperti testimoni, cadangan atau maklum balas pelanggan terbukti sebagai salah satu jalan yang efektif untuk mengembangkan khalayak anda. Kempen pemasaran rujukan bertujuan untuk menjadikan syarikat anda sebagai pilihan melalui cadangan yang diberikan oleh pelanggan anda. Pelanggan anda boleh membantu anda dalam mendapatkan leads dengan mudah dan mereka diberikan ganjaran ke atas sumbangan mereka.

Kempen Pemasaran Perkongsian 

Bekerjasama dengan syarikat lain dengan menawarkan produk atau perkhidmatan pelengkap. Kempen pemasaran seperti ini akan memberikan manfaat kepada setiap entiti di dalam perkongsian tersebut dengan berkongsi databes pelanggan untuk meningkatkan potensi persilangan.

Tags: , , , , ,

Categorised in: , ,

This post was written by AVANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *