5 PERKARA WAJIB UNTUK DILAKUKAN PADA TAHUN BAHARU

Disember 26, 2017 8:31 am Published by Leave your thoughts

Pejam celik tahu-tahu dan pun masuk tahun baru. Anda semua dah ready atau belum dengan strategi syarikat untuk tahun ini? Untuk membuka tirai 2018 di blog ini, AVANA ingin berkongsi checklist wajib untuk anda fikirkan bagi tahun hadapan. Jom baca sama-sama.

LETAKKAN TARGET UNTUK MENGEMBANGKAN BISNES

Sebagai seorang pemilik bisnes, anda kena tanya pada diri anda – adakah semua target untuk bisnes dah diletakkan untuk tahun hadapan? Pastikan semua pelan dan rangka kerja untuk setiap peringkat dalam bisnes anda itu telah ditetapkan dan diterangkan kepada semua yang terlibat. Kemaskini dan pastikan bajet kewangan bisnes itu adalah pada tahap yang paling optimum.

Selain itu, pastikan anda dah lihat semua prestasi staf dan bantu mereka untuk perbaharui kemahiran diri untuk tahun akan datang ini. Jika bisnes anda semakin meningkat, pertimbangkan untuk cari lebih ramai kakitangan supaya semua workload dapat dibahagikan dengan efisien. Ingatlah kata-kata CEO Air Asia iaitu Tan Sri Tony Fernandes, jaga staf anda maka staf anda akan jaga semua pelanggan anda. 😉

CARI JALAN UNTUK JIMATKAN BAJET BULANAN

Ada perkara atau item yang jika anda beli dan bayar lump sum akan berikan anda diskaun dan penjimatan. Lihat untuk servis begini supaya anda dapat kurangkan perbelanjaan tahun hadapan. Duit yang berjaya diselamatkan itu boleh diguna untuk pelaburan lain. Contohnya, ada sesetengah servis yang tawarkan bayaran lebih murah untuk pakej tahunan berbanding dengan bayaran bulanan. Di AVANA contohnya, adalah lebih jimat jika anda melanggan pelan tahunan pada kadar RM699 berbanding RM199/3 bulan yang mana membawa lebih banyak perbelanjaan tambahan jika dikira secara akumulatif. Jadi, jika anda ingin melabur dalam sesuatu perkara untuk bisnes anda – adalah lebih baik jika anda mempertimbangkan penjimatan jangka masa panjang daripada kesenangan hanya untuk masa yang singkat.

PERTIMBANGKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Dah memang menjadi satu trend untuk kita gunakan pelbagai sistem dan teknologi untuk memudahkan semua urusan bisnes kita. Dari software untuk generate invois dan resit, hantar emel kempen kepada semua pelanggan, sampailah penggunaan bot untuk balas semua komen dan mesej dalam inbox bisnes kita. Tahukah anda, kadangkala kita hanya perlu gunakan satu platform sahaja untuk semua urusan ini? Dengan AVANA, anda hanya perlu bayar sekali sahaja dan dapatkan semua servis ini dalam satu platform yang sama. Kalau nak  tau  ciri AVANA dengan  lebih lanjut, klik di sini.

Lihat teknologi mana paling berkesan, paling jarang digunakan atau tidak berkesan untuk syarikat anda. Jika tak digunakan, kenapa, dan jika ia tak berguna, buang saja sistem atau teknologi itu. Sesetengah bisnes suka langgan pelbagai jenis servis dengan harapan setiap servis itu boleh membantu meningkatkan jualan dengan cepat. Tapi pernahkah anda terfikir yang jika kita terlalu bergantung kepada pelbagai jenis platform, ianya akan menambah lebih banyak tugasan untuk memastikan yang anda

TETAPKAN MATLAMAT KE HADAPAN

Matlamat paling berguna ialah matlamat yang boleh dicapai. Setkan matlamat yang achievable dan measurable. Selarikan matlamat staf dengan matlamat syarikat. Rangka tindakan yang perlu dibuat, ditingkatkan dan difokuskan. Lihat semula jika pemasaran perlu ditambah. Bina pelan tindakan, fahami dan laksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

LUANG MASA DENGAN SEMUA STAF

Anda dah fikir semua dalam kepala tentang bisnes. Tapi anda tak sampaikan pada staf anda. Anda juga yang rugi masa nanti. Anda mesti kongsikan matlamat dan perancangan anda dengan team. Reflek kembali pencapaian syarikat, cabaran dan peningkatan, serta perancangan tahun depan. Selesaikan mesyuarat sebegini sebelum ada staf yang ambil cuti panjang bila hujung tahun ni.

Anda pernah terfikir tak, jika syarikat yang menyumbang kepada mana-mana badan kebajikan ianya akan turut menberikan satu perasaan yang berbeza pada staf anda. Mereka rasa memberikan nilai pada masyarakat dan ini pastinya beri manfaat pada bisnes anda sendiri kelak.

.

.

.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua dan selamat menyambut tahun baharu!

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail