4 TIPS KEKAL FOKUS DALAM BISNES

Januari 1, 2018 8:00 am Published by Leave your thoughts

Salam dan hai semua! Jadi, pejam celik dan pejam celik rupanya kita sudah pun melepasi tahun 2017 dan kini melangkah ke 2018. Jadi, bagaimana prestasi bisnes anda setakat ini? Bagaimana 2017 dah kembangkan bisnes anda ke peringkat yang seterusnya? Untuk merasmikan tahun baharu ni, kali ni kita akan berkongsi mengenai perkara yang perlu kita fokus supaya terus bersemangat untuk uruskan bisnes kita. Berfikir dan belajar untuk uruskan bisnes ini adalah satu hal, tapi berada di dalam bisnes itu sendiri adalah perkara yang lebih penting.

Jika anda sedang berjuang dengan bisnes online anda – mungkin coretan ini akan beri sedikit semangat untuk anda. Mungkin sesetengah usahawan atau entrepreneur ni mereka tak pandang sangat pada motivasi untuk diri sendiri. Pada mereka, yang penting mereka belajar cara urus bisnes je dan itu dah cukup. Tapi sebenarnya, motivasi diri juga adalah penting. Kalau takde motivasi, nanti mesti cepat penat dan yang paling parah lagi – mudah berputus asa.

Jadi tanpa membuang masa lagi – jom kita baca sama-sama apa tips untuk kekal fokus dalam bisnes ni…

#1 BELAJAR DARIPADA KESILAPAN

Cuba fikirkan; berapa ramai orang yang ingin menceburi bidang bisnes dan macam mana mereka bermula. Sudah semestinya macam-macam masalah yang mereka hadapi di peringkat awal tu kan? Memang pening jugak la kalau kita nak kena serap semua benda ke dalam otak dalam masa yang singkat tapi inilah masanya untuk kita belajar dan perbaharui skil serta kebolehan kita dalam menguruskan bisnes.

Bisnes online ni sebenarnya takdelah mudah seperti yang disangka. Walaupun kita tengok ramai yang dah berjinak-jinak untuk buka bisnes secara online, itu tak bermaksud yang ianya mudah. Bisnes ini perlukan pelan, pengurusan dari segi kewangan dan staf, pemasaran online untuk iklan dan sebagainya. Kalau anda baru setahun jagung, jangan pernah berputus asa. Anda sedang melangkah ke dunia baru, dan kesilapan itu adalah batu loncatan untuk membantu anda untuk terus maju ke hadapan. Sebab itu, pastikan anda sentiasa ada seorang mentor supaya anda sentiasa boleh minta nasihat daripadanya, ya!

 

 

 

#2 KEMBANGKAN SKIL ANDA

Dari pelaburan ke bab menulis di blog dan cara untuk tingkatkan sistem ejen untuk  bisnes anda – semuanya ini tidak akan datang bergolek… Kalau ianya semudah bercakap, semua orang akan dapat buat bisnes yang mantap dan cemerlang tanpa perlu usaha apa-apa. Tapi, kalau kita sentiasa rajin untuk cari ilmu dan timba pengalaman – maka tak pelik kalau “batu” halangan yang dulunya berada di hadapan anda dapat anda alihkan dan seterusnya jadi inspirasi pulak kepada orang lain untuk jadi seperti anda. Kan best macam tu? Jadi keep our minds on the goal untuk pertingkatkan skills kita ke arah yang lebih baik. Jika anda bersama AVANA, kami sedia membantu anda dengan pelbagai jenis latihan untuk

#3 FOKUS SATU-SATU PERKARA PADA SATU MASA

Satu kesilapan yang ramai buat bila mereka ada bisnes ni adalah bila mereka mulakan bisnes itu – mereka cepat sangat berubah arah dengan pandangan bahawa mereka kena cepat cuba bidang lain sebelum “kapal karam”. Orang Barat panggil penyakit ni sebagai “shiny object syndrome”, maksudnya asal ternampak peluang yang lebih baik je, terus rasa nak kejar tanpa fikir masak-masak baik dan buruknya terlebih dahulu. Kalau anda nak kekal fokus dalam bisnes, buang mindset ini jauh-jauh.

Banyak cara untuk kembangkan bisnes tetapi yang penting adalah fokus dan konsistensi kita dalam mengekalkan bisnes itu. Jadi kalau kita asyik berfikir untuk tukar arah seperti yang telah disebutkan tadi, maka kita akan lebih buang masa je. Terutamanya bila kita “tukar arah” dan lebih masalah pulak yang timbul. Kan dah rugi di situ, betul tak?

 

#4  FAHAMI KEDUDUKAN ANDA

Apa sahaja masalah dan halangan yang dihadapi setiap hari, apa sahaja kesilapan yang anda buat – jangan putus asa dan bersedih. Bisnes ini, online atau tidak – semuanya mempunyai cabaran yang tersendiri. Baru atau dah lama pun tak penting kerana semua orang mempunyai timeline mereka sendiri. Yang penting, kita ambil positif dengan setiap perkara yang terjadi dan jadikan sebagai pengajaran di kemudian hari.

.

.

.

Harapnya anda belajar sesuatu yang berguna hari ni. Jangan lupa share dengan rakan bisnes yang lain ye. Selamat bekerja semua!

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail