5 TIPS VISUAL UNTUK INSTAGRAM

Mac 19, 2018 11:11 am Published by

Tahukah anda, visual yang menarik di akaun Instagram juga adalah salah satu daya penarik audiens anda dan seterusnya menghasilkan followers  yang setia dengan anda? Hari ini saya akan berkongsi lima tips untuk hasilkan visual yang menarik di Instagram dan seterusnya naikkan bilangan followers anda.

1. Cipta content yang dengan tema tersendiri

Apakah faktor yang menyebabkan Vivy Yusof menjadi seorang ikon di Instagram? Kerana semua gambar yang dikongsi di IG feed beliau adalah berkisar mengenai hidup, fesyen, dan kerjaya beliau sebagai seorang ibu bekerja. Ramai golongan muda menjadikan Vivy sebagai ikon fesyen kerana beliau akan berkongsi #OOTD hampir setiap hari. Kemudian, beliau akan gunakan “tag” untuk sertakan laman web syarikatnya sendiri. Jadi, untuk bina followers di IG anda, cuba pilih satu tema, cipta arah yang sama pada semua visual. Kalau rajin lagi, anda boleh guna apa sahaja photo editor yang selesa untuk anda edit gambar dan seterusnya berkongsi di Instagram.

2. Fokus kepada penggunaan warna, tulisan dan logo

Jika anda ingin membina IG bisnes, cuba hasilkan sesuatu yang konsisten supaya semuanya nampak selari. Supaya kita ada satu stail yang senang nak diingati dan dikenali oleh audiens dan followers kita. Akaun yang ditunjukkan di atas hanyalah sebuah akaun yang memaparkan semua kata motivasi berkaitan kehidupan. Namun, jumlah followers hampir mencapai 2 juta bilangannya. Nampak tak apa impak positif jika kita konsisten melakukan sesuatu benda?

3. Cipta satu chemistry dengan audiens anda

Ramai selebriti yang suka letak caption berbentuk soalan untuk menggalakkan peminat memberi komen di gambar mereka. Tambahan itu, mereka akan post beberapa imej dalam satu post supaya followers boleh lihat lebih banyak gambar daripada mereka. Tips ini adalah antara salah satu cara paling senang untuk dapatkan interaksi daripada audiens di Instagram. Secara tak langsung, post tersebut juga akan lebih visible di seksyen “Explore” Instagram. Mudah kan?

4. Konsisten dengan waktu post

 Timing yang tepat juga memainkan peranan penting untuk anda berkongsi post di Instagram. Pagi, petang, malam mahupun lewat malam –  ini semua bergantung kepada objektif akaun itu sendiri. Livv Lo contohnya, seorang jurulatih fizikal, lebih aktif berkongsi post pada awal pagi dan lewat petang kerana waktu ini adalah waktu kebiasaan bagi aktiviti kecergasan. Dengan berkongsi post pada waktu sebegini, beliau boleh menarik minat audiens untuk sama-sama mencuba rutin kecergasan yang dilakukannya.

5. Pastikan setiap post ada hubungan dengan  jenama kita

Ramai founder bisnes lebih suka gunakan personal IG mereka sebagai saluran untuk branding bisnes mereka. Hanis Zalikha yang mempunyai bisnes tudung dan kosmetik seringkali berkongsi info mengenai produknya sendiri dan kemudian sertakan sekali akaun IG bisnes beliau. Ini juga boleh dikira sebagai personal branding tetapi dalam masa yang sama memberi manfaat kepada bisnes beliau sendiri.

***

Saya harap anda semua dapat aplikasikan tips yang dikongsi pada hari ini. Jumpa lagi! 😄

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail

Comments are closed here.