5 TIPS BINA KREDIBILITI DI MEDIA SOSIAL

Jun 8, 2018 10:56 am Published by

Nak tahu bagaimana nak bina pengaruh atau kredibiliti di media sosial? Tak kiralah sebagai seorang usahawan ataupun hanya sebagai seorang individu yang berupaya menunjukkan contoh terbaik untuk diikuti. Berikut adalah antara tips yang boleh dicuba:

  1.    Percaya kepada diri sendiri

Percaya bahawa kita adalah individu yang dapat memberi manfaat dan boleh menjadi ikutan. Sentiasa ‘upgrade’ diri dengan terus belajar untuk jadi insan yang lebih baik.

  1. Jangan terlalu gopoh bertindak

Sekiranya baru mula berbisnes, tak perlu tergesa-gesa buka kedai atau pejabat untuk buktikan kita seorang yang berjaya. Kejayaan tidak datang dengan sekelip mata, harus bersabar untuk mencapainya. Boleh mula berniaga secara ‘on-line’ kerana pelbagai platform e-dagang seperti www.avana.asia telah pun tersedia.

  1. Kenalpasti bakat dan kebolehan

Semua orang dikurniakan bakat serta minat yang boleh dikembangkan lagi untuk bantu lebih ramai manusia. Hanya perlu terokai bakat dan minat tersebut dan gunakan sebaiknya kerana ia juga boleh meningkatkan nilai diri.

  1. Tunjukkan imej dan identiti unik

Cuba bangunkan jenama peribadi atau ‘personal branding’ supaya kita dikenali dan terus diingati kerana kepakaran kita dalam sesuatu bidang. Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu kepakaran tersebut di luar dan di media sosial melalui penulisan formal atau penceritaan santai dan bersahaja.

  1. Jangan terlalu bergantung kepada media sosial

Fokus juga untuk bina kredibiliti di dunia nyata dan bukan alam maya semata-mata. Gunakan dunia ‘offline’ untuk bertemu dengan kenalan baru yang mungkin berpotensi menjadi pelanggan atau rakan niaga kita pada masa hadapan.

Kini, sesiapa pun boleh jadi terkenal walaupun tak jadi seorang penyanyi atau pelakon yang sentiasa muncul di TV. Boleh saja pilih untuk jadi ikon produk, ikon motivasi atau ikon hartanah yang dikagumi. Media sosial sebenarnya banyak memainkan peranan untuk tonjolkan identiti seseorang individu walaupun ianya hanya direka-reka. Jadilah diri kita yang sebenar dan berusaha untuk jadi lebih baik.

“Just be yourself. Be honest, work towards a goal, and you’ll achieve it.”- Emraan Hashmi

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail

Comments are closed here.