3 TIPS MAINTAIN JUALAN SEHINGGA AKHIR TAHUN

Ogos 14, 2018 5:03 pm Published by

 

Di dalam pelbagai jenis industri yang anda berada, perkara yang telah berjalan dengan baik beberapa tahun yang lalu tidak cukup baik untuk hari ini dan mendatang. Dalam perniagaan, tiada erti kata percubaan dan kesilapan atau pengambilan pesanan; ini adalah masa untuk menjual. Berikut adalah beberapa langkah asas yang boleh anda ambil untuk meningkatkan prestasi jualan anda sehingga akhir tahun, mengurangkan kos penjualan anda, dan memastikan kelangsungan perniagaan anda.

 

Buat jualan pre-order

Peniaga boleh membuat sistem jualan secara pre-order terhadap produk mereka. Ini adalah bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan akan terjual. Oleh itu, tidak akan berlaku pembaziran produk dan secara tidak langsung ianya mampu mengurangkan kos penjualanan anda.

 

Buat launching preview

Bagi menarik minat samada pelanggan baru atau pelanggan lama, peniaga boleh membuat launching preview atau teaser bagi memperkenalkan produk baru terhadap pelanggan. Dengan wujudnya media sosial, kini ia merupakan platform yang mudah dan murah untuk para peniaga gunakan bagi mempromosikan produk terbaru mereka melalui launching preview dalam pelbagai bentuk seperti video, gif, dan gambar. Teaser seharusnya tidak melebihi 15 saat.

 

Sentiasa kongsi testimonial produk best selling

Kepercayaan merupakan perkara paling utama yang harus wujud di dalam pelbagai bentuk urusan. Oleh itu, dengan sentiasa kongsi testimonial produk best selling anda mampu meningkatkan kepercayaan para pelanggan terhadap perniagaan, jenama, malah produk anda. Secara tidak langsung, lebih banyak kepercayaan dibina antara pelanggan dan peniaga, maka lebih kukuh hubungan dua hala tersebut. Seterusnya, ia akan menjana kepada penerusan jualan sehingga akhir tahun.

 

Yang penting, kena konsisten dengan usaha marketing kita sehinggalah ke hujung tahun nanti ok. 🙂

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail

Comments are closed here.