5 MANFAAT WHATSAPP AUTO REPLY UNTUK BISNES ANDA
Ogos 21, 2018 2:25 pmApabila anda bergiat aktif dalam perniagaan atas talian, sudah semestinya anda melaburkan masa anda yang terhad sehari 24 jam dan seminggu 7 hari tersebut untuk dibahagikan dan diisikan dengan aktiviti perniagaan anda. Namun, tidak ramai yang ketahui bahawa wujudnya sistem automatik bagi membalas pertanyaan mahupun pesanan produk daripada para pelanggan yang mampu membuatkan hari-hari anda lebih teratur dan mampu berniaga secara sihat dan cerdas. Malahan, masa yang terluang mampu diisi secara optima untuk aktiviti promosi produk di pelbagai platform. Terdapat 5 kelebihan penggunaan Whatsapp Auto Reply untuk perniagaan anda.
#1 Balas mesej secara automatik
Sistem akan membalas mesej pelanggan atau prospek anda secara automatik tanpa mengira waktu dan tempat.
#2 Tiada waktu terhad – 24/7
Kebanyakan prospek lebih gemar berurusan dengan whatsapp. Kelebihannya adalah kerana whatsapp tiada had masa terhadapan penggunaannya.
#3 Percuma (caj data saja)
Whatsapp merupakan aplikasi percuma yang boleh dimuat turun ke peranti mudah alih anda.
#4 Ada keyword trigger
Prospek diberi pilihan jawapan kepada pertanyaan mereka. Mereka hanya perlu menaip keyword yang disediakan dan akan dijawab secara auto oleh sistem.
#5 Urusan jual beli jadi lancar
Setelah prospek mahupun pelanggan berpuas hati dilayan dengan cepat, pelanggan akhirnya membuat pembayaran. Close sales secara auto dapat dimuktamadkan secara lancar.
***
Kalau anda nak baca lebih lanjut mengenai WhatsApp Business, boleh klik di sini.
Kalau anda nak belajar cara buat ads guna WhatsApp Business, jom klik di sini.
Categorised in: Tips Bisnes Online
This post was written by Nina Jemail
Comments are closed here.