CHECK GAMBAR ANDA SEBELUM BUAT ADS!

Ogos 28, 2018 10:54 am Published by

Anda seorang peniaga online? Pernahkah anda memuatnaik gambar iklan ke Facebook Page anda tetapi ditolak / DISAPPROVED oleh Facebook?

Tahukah anda, teks dalam foto atau gambar yang anda ingin gunakan sebagai iklan di Facebook memainkan peranan yang sangat besar untuk mendapatkan jangkauan yang lebih banyak atau sebaliknya?

 

Sebenarnya, sebagai seorang peniaga, anda boleh check samada gambar iklan anda tersebut sesuai untuk digunakan ataupun tidak melalui Facebook sendiri. Berikut merupakan beberapa langkah mudah untuk membuat penyemakan gambar iklan anda sebelum dimuatnaikkan di halaman Facebook:

 

Guna Google ‘Facebook Text Overlay Tool’

Selain Google, anda boleh search ‘Facebook Text Overlay Tool’ ini di enjin carian yang lain juga seperti Yahoo, Firefox, dan sebagainya.

 

Check imej di https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay

Bagi memudahkan kerja anda, anda boleh terus ke link tersebut dan bookmark di Browser anda. Jika anda ingin semak gambar iklan anda yang lain pada masa akan datang, anda boleh langsung klik pada bookmark ini.

 

Masukkan gambar yang anda ingin “spot-check”-kan dengan KLIK butang “Upload”

Sediakan gambar iklan yang ingin anda semak tersebut di dalam satu folder supaya lebih terurus dan teratur. Kemudian, muat naikkan gambar tersebut satu per satu (jika anda mempunyai lebih dari satu gambar iklan).

Setelah selesai muat naik gambar,  anda akan diberi notifikasi oleh Facebook mengenai rating teks dalam gambar tersebut.

 

Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 jenis rating, iaitu:

 

[1] – Image Text: OK

Bermaksud gambar tersebut sudah cukup bagus dan anda boleh run iklan seperti biasa.

 

[2] – Image Text: LOW

Bermaksud gambar tersebut mempunyai lebih kurang 20% teks dalam keseluruhan gambar iklan anda. Ianya berkemungkinan akan memberi impak terhadap jangkauan iklan anda dimana kelajuan iklan anda akan menjadi lebih perlahan dari kadar kebiasaannya.

 

[3] – Image Text: MEDIUM

Bermaksud gambar tersebut melebihi 20% teks. Selain itu, ianya juga bermaksud teks tersebut mungkin sudah melebih ½  daripada keseluruhan gambar. Oleh itu, ia akan menyebabkan jangkauan iklan anda menjadi lebih perlahan berbanding ‘ImageText: Low’.

 

[4] – Image Text: HIGH

Bermaksud kandungan teks dalam gambar anda terlampau banyak. (70% ~90% teks). Maka, berkemungkinan iklan anda tidak akan diterima oleh Facebook.

 

***

Semoga tips ini memudahkan lagi untuk anda bermula dengan Facebook Ads. Good luck!

 

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail

Comments are closed here.