5 Strategi Penggunaan Lookalike Audiences Di Facebook Ads

Oktober 7, 2018 12:20 pm Published by

Facebook Lookalike Audiences adalah salah satu cara yang menarik untuk memanfaatkan rangkaian media sosial yang paling popular di dunia, Facebook.

Tetapi dari semasa ke semasa, Audience Lookalike akan berkembang kepada pengguna yang kurang yang diberikan tumpuan untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan. Kadang-kala hasilnya akan mencapai KPI, tetapi dalam beberapa kes, hasilnya jauh tersasar dari apa yang telah disasarkan.

Berikut adalah beberapa strategi untuk membantu anda mengekalkan kualiti audience anda dari semasa ke semasa.

 

#1 Mengemaskini Senarai Pelanggan Baru Dengan Kerap

Salah satu penggunaan yang paling biasa digunakan pada Audience Lookalike Facebook adalah mengemas kini senarai pelanggan kemudian membuat lookalike dari senarai itu.

Facebook akan sentiasa mengutamakan senarai yang berkemungkinan tinggi untuk menjadi pelanggan. Tetapi sekiranya senarai tersebut digunakan terlalu lama, senarai pelanggan asal yang dimuat naik boleh memberikan kesan sebaliknya dan gagal untuk mencapai KPI.

Cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah ini adalah untuk sentiasa memuat naik senarai pelanggan baharu dan mencipta Audience Lookalike yang baru. Senarai pelanggan boleh diperbaharui dalam tempoh sekali sebulan atau 4 bulan sekali.

Kesannya, Algoritma Facebook sentiasa mendapatkan senarai pengguna yang mempunyai nilai dan dalam masa yang sama juga mempunyai pelanggan baru turut ada di dalam senarai tersebut. Sekaligus menjadikan model tersebut lebih maju dengan setiap muat naik.

 

#2 Segment Customer List Ke Dalam Kumpulan Yang Lebih Kecil

Setiap pelanggan mempunyai perbezaan antara satu sama lain dari segi jantina, umur, sosio ekonomi dan lain-lain. Dengan menggunakan Audience Lookalike, anda boleh mengambil kesempatan daripada perbezaan tersebut di dalam customer base anda dan buat model lookalike yang lebih canggih.

Di dalam e-commerce, segmen semulajadi boleh menjadi nilai purata pelanggan. Sebagai contoh – Jika nilai belian purata untuk kedai adalah RM100, buat senarai pelanggan untuk semua pengguna yang telah membuat pembelian di bawah RM100 dan senarai pelanggan kedua untuk pelanggan yang membeli lebih daripada RM100.

Secara tidak langsung anda mempunyai dua Audience Lookalike, sekaligus anda dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan pelanggan yang berkualiti.

 

#3 Gunakan Automatic CRM Uploads

Bergantung kepada sistem CRM yang anda gunakan, mungkin terdapat fungsi integrasi automatik dari platform tersebut ke API Facebook. Sebagai contoh, MailChimp mempunyai mempunyai fungsi tersebut.

Strategi ini adalah untuk memanfaatkan fungsi integrasi automatik ini untuk menjimatkan masa untuk membina senarai secara manual, mengeksport, memformat, dan memuat naik ke dalam sistem Facebook.

 

#4 Memanfaatkan Dynamic Audiences untuk Lookalike Modeling

Salah satu cara terbaik untuk mengekalkan Lookalike Audiences adalah adalah berdasarkan pada dynamic lists. Walaupun customer lists boleh berfungsi secara automatik, tetapi ada masa di mana customer lists tersebut tidak berubah.

Jika anda menggunakan Facebook Pixel, secara tidak langsung anda sudah melakukan banyak kerja. Di mana langkah seterusnya adalah untuk mewujudkan audiences based melalui cara pengguna berinteraksi website anda dan kemudian menggunakannya untuk membangunkan lookalikes.

Kelebihan khalayak ini adalah mereka sentiasa berubah berdasarkan tingkah laku pengguna. Pengguna baru akan ditambah ke dalam model apabila Lookalike Audience diperbaharui, untuk memastikan senarai asal tidak terjejas.

 

#5 Sesuaikan Facebook Pixel Anda Untuk Corak Lebih Bermakna

Sama seperti customer lists, anda boleh meningkatkan dynamic lists kami melalui audience segmentation yang mudah. Di mana ianya boleh dibuat melalui Facebook Pixel yang ditetapkan untuk mengenal pasti kategori pengguna yang berkualiti.

Facebook menyediakan banyak standard events di platform yang mungkin akan meliputi semua keperluan anda, tetapi jika tidak, anda juga boleh menggunakan custom events dengan menetapkan pixel secara advanced.

Audience Lookalike boleh menjadi satu alat yang sangat membantu untuk pengiklanan di Facebook, tetapi senarai root audience tersebut tidak boleh hanya “set it and forget it”.

Dengan kekerapan kemas kini atau penambahan root audiences, anda akan dapat meraih faedah untuk jangka masa lama dan dapat melihat kejayaan yang lebih besar dari platform secara keseluruhan. Diharapkan ilmu ni bermanfaat untuk anda semua. Semoga bertemu lagi! 🙂

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail