PENGGUNAAN KOD DISKAUN UNTUK KEDAI ANDA

November 6, 2018 4:00 pm Published by
Tinggal beberapa bulan saja lagi untuk penghabisan tahun 2018. Anda dah sedia dengan pelan nak habiskan stok tahun ini?
Salah satu strategi mudah jualan akhir tahun adalah dengan menawarkan diskaun kepada pelanggan anda!
Untuk pengguna AVANA – terdapat ciri kod kupon tersedia untuk pelanggan anda. Nak tau caranya?
Ciri kod kupon di AVANA membolehkan anda untuk meletakkan:
1. Had penggunaan untuk pelanggan, contohnya 100 kupon untuk pelanggan terawal saja
2. Had penggunaan untuk setiap pelanggan – di mana anda boleh beri 1, 2 ataupun lebih kupon untuk pelanggan setia anda
3. Cara kod kupon akan ditolak daripada pembelian pelanggan – melalui peratus pembelian atau nilai wang
4. Had minimum pembelian untuk setiap kod yang ingin digunakan
5. Penggunaan kod hanya untuk produk tertentu
Ini adalah masa terbaik untuk anda menggunakan ciri AVANA yang paling ringkas ini.
Kami harap fungsi kod kupon ini dapat membantu anda jalankan promosi dengan lebih efektif!
***
Untuk maklumat lanjut mengenai ciri Kod Kupon di AVANA, boleh lihat di sini.

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail

Comments are closed here.