PENGENALAN KEPADA AKAUN PAYPAL

November 7, 2018 4:00 pm Published by

AVANA menyediakan PayPal sebagai salah satu pilihan bayaran untuk pelanggan antarabangsa. Dengan menggunakan pilihan bayaran PayPal, anda dapat menghilangkan jurang antara bisnes anda dengan pelanggan daripada luar negara. Tambahan pula dengan sistem keselamatan yang terpuji dengan penggunaan kad kredit untuk bayaran, anda tidak perlu risau mengenai kes penipuan daripada pihak tidak bertanggungjawab. Bayaran yang diterima juga mudah untuk diterima melalui akaun bank tempatan yang anda ada.

Untuk AVANA Merchants yang ingin membuka pilihan bayaran PayPal, anda mesti mempunyai akaun bisnes PayPal terlebih dahulu. Sila ikuti langkah di bawah:

#1 Klik pada butang “Sign Up Now”

#2 Pilih akaun “Business”

#3: Isikan maklumat syarikat anda

#4: Masukkan alamat emel dan kata laluan untuk buka akaun

Tahniah, anda telah berjaya membuka akaun PayPal!

Diingatkan supaya anda menyemak semula emel yang didaftarkan untuk mengesahkan akaun Paypal anda. Anda juga akan menerima arahan daripada PayPal mengenai pembayaran daripada pelanggan dan sebagainya.

Untuk AVANA Merchants, anda boleh terus masukkan emel bisnes PayPal anda ke dalam papan pemuka AVANA di Payment > PayPal.

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail

Comments are closed here.