5 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB ADA DOMAIN SENDIRI

November 9, 2018 4:00 pm Published by

Untuk bisnes online, domain adalah faktor terpenting untuk memperkenalkan kita kepada prospek. Domain ini membawa identiti dan jenama bisnes kita.

Berikut adalah 5 kepentingan mempunyai nama domain untuk bisnes kita:

 

#1 LEBIH JELAS KEPADA UMUM
Bila ada domain sendiri, lebih senang orang ingat kita sebab mereka boleh relate antara jenama vs. produk kita. Kalau nama domain sama dengan nama bisnes, lebih mudah orang nak pergi ke laman web sebab pelanggan akan ingat apa URL laman web kita tu. Selain itu, domain juga akan senang jadi word-of-mouth sebab bila pelanggan kongsi pasal bisnes anda kepada kawan-kawan mereka, dah tentu mereka akan sebut laman web anda sekali.

 

#2 PENTING UNTUK SEO

Mana-mana bisnes pun mesti nak ada high ranking di Google kan. Kalau kita ada domain sendiri, semua link yang berkaitan dengan domain kita lebih senang nak search dan kita pun dapat jaga ranking domain kita.

 

#3 SATUKAN JENAMA BISNES KITA

Jenama bisnes yang ada mesej pada prospek lebih mudah untuk diingati daripada iklan di sana-sini tanpa prospek memahami tujuan sebenar bisnes anda. Banyak bisnes lebih suka menggunakan slogan supaya pelanggan teringat mengenai bisnes mereka serta-merta.

Contohnya, kalau kita ada domain untuk laman web dan kedai online – dan nama syarikat kita adalah berbeza dari dua perkara ni. So anda kena putuskan untuk gunakan satu domain yang sama supaya nampak selari dan pelanggan senang ingat dan pastikan mereka tau laman web, kedai online dan syarikat anda adalah sama.

 

#4 MEMBAWA IMEJ PROFESSIONAL

Menggunakan domain sendiri seperti AVANA contohnya –  www.avana.asia akan memberi satu imej kepada syarikat dan bisnes anda. Kalau anda sukakan keunikan, boleh pilih pelbagai jenis domain yang tersedia di pasaran.

#5 MEMBINA KEPERCAYAAN PELANGGAN
Membeli-belah secara online adalah satu trend sekarang, dan pada zaman sekarang lebih ramai pelanggan sukakan cara ini kerana penjimatan masa dan kos. Dengan sebab inilah – anda sepatutnya mempunyai domain yang lengkap dengan sekuriti supaya pelanggan merasa yakin untuk membuat bayaran di laman web anda. Di AVANA, anda boleh mendapatkan domain percuma + sekuriti ini jika melanggan dengan Pelan Business tahunan.

 

Berminat? Boleh hubungi team kami sekarang!

 

Categorised in:

This post was written by Nina Jemail

Comments are closed here.