E-DAGANG : 9 PERKARA PERLU DIFIKIRKAN SEBELUM BERMULA

Disember 8, 2018 3:30 pm Published by Leave your thoughts

Pada masa kini, ramai yang ingin memulakan perniagaan ‘e-commerce’ kerana ia nampak mudah dan tidak mengeluarkan modal yang banyak. Walau bagaimanapun – untuk berjaya, sebuah perniagaan itu perlu mempunyai perancangan dan persediaan untuk mengelak dari kegagalan. Kali ini, kita akan bincangkan 9 aspek yang perlu anda fikirkan sebelum mengambil langkah pertama anda dalam dunia e-commerce ini.
1. Kedai / Nama Bisnes
Nama busines memainkan peranan yang penting kerana ia melambangkan identiti syarikat dan memudahkan untuk pelanggan mengenali produk atau servis yang ditawarkan. Dalam fasa pemilihan nama, kebanyakan orang akan menjadi lebih kreatif juga mula berfikir diluar kotak untuk mendapatkan nama terbaik untuk businesnya. Tetapi anda juga mesti mempertimbangkan untuk satu nama yang mudah disebut dan mempunyai ejaan yang mudah.
Selain itu, pemilihan nama kedai juga mestilah berkait rapat dengan produk yang dipasarkan, contohnya, jika kedai anda menjual jam tangan, namakan kedai anda dengan menggunakan perkataan seperti ‘jam’ atau ‘jam tangan’. Dengan cara ini, ia akan memudahkan pelanggan untuk mengenali kedai anda juga membantu untuk mereka membuat carian produk anda pada hari akan datang.
2. Produk
Apabila baru memulakan perniagaan atas talian, produk yang dirancang untuk dipasarkan ialah sebaiknya merupakan minat peniaga sendiri. Dengan cara ini ia akan memudahkan untuk anda menjual sesuatu produk kerana anda akan meletakkan segala usaha untuk memberi penjelasan terbaik tentang kebaikan produk anda apabila ditanya. Disamping itu, anda juga akan merasa gembira untuk menjual sesuatu yang anda minati.
Jika anda tidak mempunyai produk yang spesifik untuk dijual tetapi ingin mempunyai kedai sendiri, anda perlu bermula dengan membuat kaji selidik tentang apa yang menjadi trend dalam pasaran terkini dan boleh menjana pendapatan. Contohnya, pada era ini pengguna telefon pintar semakin hari semakin ramai, jadi anda mungkin boleh membuat pertimbangan untuk menjual pengecas mudah alih atau aksesori telefon bimbit. Walau apa pun yang ingin dipasarkan, anda perlu mengambil kira untuk hanya mengeluarkan modal yang kecil tetapi akan menjana hasil yang berganda kerana persaingan diantara perniaga atas talian sangat sengit antara satu sama lain. Adalah lebih baik jika anda memulakan dengan produk yang hanya memerlukan modal yang kecil untuk dikeluarkan agar anda tidak terbeban untuk mengambil sebarang risiko.
3. Bajet
Wang yang dilaburkan untuk perniagaan e-commerce anda adalah baik jika ia melebihi daripada harga dan kos yang dijual dengan juga mengambil kira perbelanjaan lain seperti kos pengiklanan dan lain lain yang melibatkan perancangan strategi pemasaran anda. Membuat penyelidikan dan perancangan yang rapi akan amat membantu dari segi menjana modal yang sesuai untuk perniagaan anda tanpa perlu membuat sebarang pinjaman.
4. Jenis Perniagaan

Selepas anda membuat pemilihan untuk produk yang hendak di pasarkan, anda perlu membuat pemilihan antara anda ingin membuat pasaran borong atau pasaran runcit. Jika anda merasakan untuk menjual terus kepada pengguna bukan lah kekuatan atau kelebihan yang anda ada, pertimbangkan untuk menjadi pembekal dan boleh mengedar produk anda (atau produk-produk dari syarikat lain) kepada peruncit peruncit dalam industri. Selalunya, kerana penigkatan jumlah jualan anda, pendapatan anda juga akan meningkat secara mendadak. Oleh sebab ia merupakan jenis perniagaan yang berbeza, dimana sesetengah peniaga mengambil masa untuk membiasakan keadaan.
5. Saluran Pemasaran

Saluran Jualan ialah salah satu faktor kejayaan anda. Jika ada ingin memulakan perniagaan atas talian, saluran yang paling mudah ialah melalui laman Facebook kerana di sana anda boleh membuat pengiklanan dengan mencapai pelbagai jenis pelanggan dengan lebih luas berbanding dengan platform yang lain. Namun, penggunaan laman web yang betul boleh membantu peniaga untuk mengiklankan perniagaan mereka kepada pelanggan sasar dan memudahkan untuk anda mengemaskini maklumat terbaru.
6. Pelan Pemasaran
Pelan pemasaran bagi sebuah syarikat bagi sesebuah syarikat adalah penting dalam menentuakan kelangsungan perjalanan syarikat . Ini adalah kerana, produk yang bagus, berkualiti tinggi tetapi tidak diketahui ramai,ianya tidak dipasarkan dengan betul. Pelan pemasaran yang baik perlu untuk sentiasa meningkatkan kesedaran pengguna tentang produk dan syarikat anda. Pelan ini termasuk bagaimana untuk menarik pelanggan dan strategi untuk menangani persaingan daripada peniaga atas talian hyang lain. Anda mungkin perlu ada pelan pemasaran seperti berikut:
Sediakan dan berikan halatuju tersebut. Contohnya, buka akaun Facebook, bagaimana untuk menjana kesedaran pengguna?
Bajet (secara realistik) bagaimana untuk mencapai matlamat anda
Mewujudkan jadual untuk membantu dalam melancarkan pelan tersebut, selia dan ubah bila sesuai.
7. Cara Pembayaran
Pembayaran atas talian seharusnya mudah untuk pelanggan. Anda seharusnya menggunaka ‘payment gateaway’ yang mudah dan selamat bagi menyenangkan pengguna. Disamping itu, jika anda berniat untuk menjual produk di peringkat antarabangsa,anda perlu mempunyai akaun yang membenarkan transaksi antarabangsa seperti paypal, yang selamat dan mudah untuk digunakan.

8. Kesabaran dan Komitmen
Banyak yang memulakan perniagaan dengan berfikir yang mereka mahukan keuntungan dan kekayaan dalam masa yang singkat. Mereka berharap untuk mendapat keuntungan bermula dari hari pertama perniagaan mereka berjalan. Itu seharusnya menjadi impian apabila memulakan sebuah perniagaan,ianya sesuatu yang mungkin terjadi, tidak mengambil kira kenalan atau keluarga. Sesetengah pelanggan mungkin berminat dengan produk,tapi tiada niat untuk membeli. Perkara ini kan menimbulkan pelbagai persoalan tentang apa yang salah dan belum dilakukan hingga mahu terus berhenti menjual produk dengan harga yang lebih rendah. Jangan lakukan perkara tersebut!Anda perlu sentiasa bermotivasi,yakin dan sentiasa kemas pelan pemasaran. Selain itu, cuba untuk terokai benda baru yang mungkin menarik minat pembeli dan JANGAN MENGALAH!
9. Masa
Sekiranya anda komited untuk berniaga secara atas talian, ia adalah sesuatu yang bagus. Tetapi sekiranya anda masih ada kerja yang tetap, anda perlu mengimbangkan masa dengan baik. Ini kerana, ramai pembeli dan pelanggan yang kurang sabar. Anda mungkin kehilangan pelanggan jika tidak sempat melayan mereka dalam masa yang sepatutnya.
Ini adalah beberapa cadangan bagi peniaga atas talian yang berharap untuk memulakan dan melangsungkan perniagaan mereka kelak. Sekiranya selepas membaca semua penerangan tersebut dan masih lagi ragu-ragu dan kurang yakin, anda boleh melanggan produk kami secara FREE Trial dan kami akan membantu mengembangkan perniagaan anda dari situ.

Categorised in:

This post was written by Nina