DAPATKAN COVERAGE UNTUK PRODUK ANDA

Disember 10, 2018 2:00 pm Published by Leave your thoughts

Banyak perkara perlu anda selesaikan?
Bosan untuk membalas PM dan komen di Facebook yang banyak secara manual satu persatu?
Kami boleh membantu untuk memudahkan jalan kerja anda.
Kami ada jalan penyelesaian untuk salah satu masalah utama yang dihadapi anda peniaga diluar sana setiap hari. Peniaga atas talian selalunya menghabiskan banyak masa untuk membalas komen dan masej daripada pelanggan di laman Facebook masing-masing dan ada kalanya oleh disebabkan terlalu mengambil masa yang panjang, peniaga-peniaga kehilangan pelanggan. Kami boleh tolong anda uruskan semua tu!
Edisi terbaru AVANA membolehkan laman Facebook anda menjawab terus kepada komen-komen daripada pelanggan dan secara automatik akan menghantar PM bersama link untuk membuat bayaran. Dan anda boleh menguruskan pesanan bersama sama pesanan di Facebook store juga website di dashboard anda pada masa yang sama.

Bagaimana ia berfungsi?
Laman Facebook anda akan kelihatan seperti ini setelah mengaktifkan ciri-ciri Auto PM Order kepada stor anda dan kongsikan produk anda di laman Facebook.

Jika pelanggan komen dengan kata kunci, contohnya ‘PM’, laman Facebook anda akan membalas kepada komen mereka secara automatik:
Tambahan, laman Facebook anda juga akan PM maklumat lanjut kepada pelanggan secara automatik dan akan menyertakan bersama dengan link untuk pembayaran.
Ciri-ciri ini akan membantu untuk menghasilkan lebih banyak jualan untuk stor anda kerana pelanggan anda tidak perlu lagi untuk menunggu respon dari peniaga dalam jangka masa lama yang kadang kala mengambil masa beberapa jam atau hari untuk membalas kepada setiap satu soalan yang ditanya oleh pelanggan. Selepas mereka menerima masej PM automatik daripada laman Facebook peniaga, pelanggan akan dibawa terus untuk melayari laman seperti yang berikut.
Daripada laman ini, semua pelanggan akan terus mengisi maklumat diri dan alamat di ruang yang disediakan. Setelah itu, mereka sedia untuk membuat sebarang pembelian.

 

***
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Ikuti langkah daripada tutorial ini: http://bit.ly/HowToUsePMOrder

Jika anda berminat untuk mengaktifkan ciri-ciri ini untuk stor anda, sila layari: http://bit.ly/AvanaAutoPMOrderSignup

Categorised in:

This post was written by Nina