6 CARA MENGEMBANGKAN FOLLOWERS DI MEDIA SOSIAL

Disember 12, 2018 10:00 am Published by Leave your thoughts

Kami berharap agar perkongsian post dalam siri  kali ini akan membantu anda untuk lebih jelas tentang perkara asas dan petua penting untuk perkembangan media sosial anda. Dalam post kali ini, kami akan berkongsi dengan anda, enam (6) lagi cara untuk membantu anda mengembangkan platform media social juga perniagaan anda.

 

  1. ‘Cross-Promote’ Akaun Sosial Anda.

Adakah anda mempunyai pengikut yang ramai dalam satu akaun social anda? Jika Ya, dapatkan pengikut anda untuk turut juga mengikuti akaun anda yang lain-lain. Perkara ini amat mudah untuk dilakukan, contohnya,post di laman Facebook untuk memaklumkan kepada pengikut anda supaya mengikuti akaun soacial anda yang lain juga contohnya Instagram atau Twitter. Selain itu, jangan lupa untuk mengambil peluang untuk menyambungkan media sosial anda antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh, Pinterest membolehkan penggunanya menghubungkan akaunnya dengan akaunTwitter dan Facebook sedia ada.

 

  1. Gunakan laman Facebook untuk ‘Like’ di laman facebook lain.

Tekan pada ‘drop-down arrow’ di bahagian atas sebelah kanan gambar anda di dashboard Facebook, ia akan memberi pilihan untuk membolehkan anda ‘like’ laman Facebook yang lain juga membolehkkan anda untuk komen diruang Facebook lain. Cari laman Facebook yang selalunya menjadi tumpuan pengikut sasaran anda.

 

  1. Jadikan profil anda terbuka kepada pengikut Facebook

Jadikan profil Facebook anda terbuka untuk membolehkan orang lain mengikuti profil peribadi anda supaya sebarang kemas kini awam yang anda kongsi akan dikongsi dengan pengikut anda dalam news feed  tanpa anda perlu menerimanya sebagai kawan di Facebook. Ini akan membantu anda memperbanyakan jumlah penonton yang boleh anda gunakan semasa mempromosikan perniagaan anda dan masih mengekalkan privasi pada akaun anda.

 

  1. Mengambil bahagian dalam Group Facebook

Mula melibatkan diri dalam Group di Facebook yang berkaitan dengan perniagaan anda. Sertai group yang merupakan minat pengikut sasaran anda. Ikuti mereka dan mula melibatkan diri dalam apa apa perbincangan dan perkongsian.

 

  1. Ikuti yang lain di Instagram

Apabila anda mengikuti sesiapa di Instagram, mereka akan menerima notifikasi dan di situ anda akan sentiasa mempunyai peluang untuk mereka juga mengikuti akaun Instagram anda. Gunakan ‘hashtag’ untuk membantu anda mencari pengikut sasaran. Kemudian, ikuti mereka dan mula ‘like’ atau komen di post mereka.

 

  1. Gunakan ‘hashtag’ di Instagram.

Pastikan anda sentiasa menggunakan hashtag dalam keterangan di setiap perkongsian gambar atau video anda kerana pengguna Instagram selalunya akan menggunakan hashtag sebagai kata kunci carian di Instagram. Cara ini akan membuka peluang yang lebih tinggi untuk anda diikuti oleh pengguna pengguna Instagram yang lain.

 

Kami harap dengan perkongsian step mudah ini dapat membantu anda membuat perubahan untuk mengembangkan media sosial anda.



Categorised in:

This post was written by Nina