3 CARA LONJAKAN SALES ONLINE ANDA

Februari 4, 2019 5:04 pm Published by Leave your thoughts

Menjual melalui Facebook telah amat memudahkan dalam era ini. Majoriti bisnes online membuat jualan di Facebook kerana kebanyakan orang meluangkan banyak masa di Facebook setiap hari. Menurut kajian di salam New York Times, secara purata, penggunakana Facebook meluangkan sekurang kurangnya 50 minit di Facebook.

 

Terutamanya di Malaysia,telah menjadi trand dan kebiasaanya pelanggan akan meninggalkan komen di post tentang produk tersebut, atau meninggalkan masej untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau servis yang ditawarkan.Pelanggan biasanya berbuat demikian untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap peniaga dan juga ingin memastikan bahawa ada yang bertugas disebalik laman Facebook tersebut. Di peringkat ini,banyak peniaga kehilangan pelanggan berpotensinya atau pelanggan sedia ada. Mengapa? Kerana anda terlalu sibuk menguruskan tugas harian hingga pertanyaan dari pelanggan di Facebook yang terkempul terabai.

 

Disini saya kongsikan cara untuk menyelesaikan masalah ini dan anda tidak perlu membuang masa menjawab kepada soalan soalan daripada pelanggan anda di Facebook melalui komen mahupun masej. Selain itu, cara ini boleh membantu anda meningkatkan jualan anda.

 

Messenger Store juga dikenali sebagai Messenger Commerce ialah salah satu ciri AVANA yang menarik pelanggan untuk terus melayari dan membeli melalui Facebook Messenger. Jadi, secara asasnya, dengan ciri-ciri AVANA pelanggan anda kini boleh melihat produk anda dan terus membuat bayaran menggunakan online banking atau kad kredit di Facebook.

 

Contohnya, apabila pelanggan masuk ke ruangan Facebook anda, messenger akan pop up secara automatik dan mereka akan terus dapat melihat menu drop down produk anda,kategori produk atau servis. Apabila mereka klik pada produk yang mereka berminat, disana akan keluar drop down pilihan untuk melihat butiran produk,pembelian atau perkongsian tentang produk tersebut.

 

Messenger Blast membolehkan anda untuk menghantar masej segera seperti tawaran promosi atau maklumat terkini kepada sesiapa yang pernah berhubung dengan anda di ruangan Facebook anda. Aturkan semuala pelanggan anda dan rekakan satu hubungan baru antara anda dan pelanggan anda untuk tujuan membuka peluang untuk promosi dan jualan.

 

Contohnya, jika anda ingin mempromosikan produk anda, anda hanya memerlukan ayat dan gambar produk yang menarik. Kemudian, buka dashboard anda dan latakkan masej dan gambar produk.Diikuti dengan klik pada produk yang ingin anda promosikan dan hantarkan masej secara automatik untuk blast kepada pelanggan yang pernah berkomunikasi dengan anda.

 

Auto Reply juga dikenali sebagai Auto PM membolehkan ruang facebook anda membalas komen di Facebookcsecara automatik dalam masa kurang dari 10 saat. Sediakan masej khas untuk dibalas bagi setiap satu produk atau servis mengikut kesesuaian dan auto-reply ini sebaiknya mempunyai link pembayaran.

 

Contoh, apabila pelanggan komen PM, auto-reply akan akan membalas semula kepada komen itu dan mereka juga kemungkinan menerima masej di dalam messenger tentang produk atau servis yang spesifik juga bersama link pembayaran. Cara ini memudahkan pelanggan untuk mendapat keterangan tentang sesuatu produk dan memudahkan juga untuk membuat pembelian serta merta.

 

Dengan 3 ciri ini, anda dapat menjimatkan masa untuk melayan semua pelanggan anda satu per satu. Cara maklumbalas boleh dikarang sebaiknya supaya ia berbunyi lebih kemanusiaan dan mengelakan anda dari kehilangan pelanggan sedia ada juga pelanggan berpotensi yang secara automatik menjana lebih penjualan untuk bisnes anda. Apa yang menarik ialah, semua ini boleh didapati dalam satu dashboard yang mudah!

 

Apakah ciri ini? Cuba AVANA

Categorised in:

This post was written by Nina