5 IDEA BISNES ONLINE MUDAH UNTUK NEWBIES

Februari 4, 2019 5:05 pm Published by Leave your thoughts

Setiap orang mempunyai bakat, kemahiran dan minat yang berbeza yang sebenarnya boleh kita gunakan untuk menghasilkan sumber pendapatan. Dengan kemajuan teknologi dan internet hari ini, kita boleh menjana lebih pendapatan secara mudah dengan memulakan bisnes perniagaan online sama ada secara sepenuh masa atau sambilan. Anda perlu merebut peluang dan menggunakan kemudahan internet untuk menjana lebih pendapatan. Bagi membantu anda untuk menceburi bidang baru ini, disini kami kongsikan senarai  5 idea bisnes mudah yang mungkin boleh membantu anda:

 

#1 Mulakan dengan jenama pakaian anda sendiri

Sebelum mengasilkan  jenama pakaian, anda mesti menetapkan model-busines anda.  Sama ada:

– Cetakan yang mempunyai permintaan tinggi

– Label jenama anda sendir

– Potongan dan jahitan secara tempahan

 

Terdapat 4 faktor kepada kejayaan jenama itu dalam memanfaatkan stor online anda berbanding jenama saingan anda yang lain:

 

Set niche anda (golongan sasaran)

Dengan mengecilkan kawasan golongan sasaran anda, ia akan membantu untuk mendapatkan kumpulan sasaran yang lebih tepat juga memudahkan pelanggan anda dan mewujudkan lebih nilai kepada pelanggan anda. Selanjutnya, memberi tumpuan sepenuhnya kepada kumpulan sasaran yang spesifik akan memberikan anda beberapa kelebihan. Anataranya ialah, memudahkan anda membuat pemasaran, lebih berkemampuan dan memperoleh kesetiaan pelanggan yang lebih.

 

Design yang sesuai

Dalam industri fesyen dan pakaian,design ialah salah satu elemen yang jelas untuk membezakan jenama. Anda harus sentiasa memastikan design anda tidak semestinya cantik dimata anda tetapi, ia mesti mempunyai nilai estatik dan permintaan yang tinggi.

 

Pantau Kualiti

Pemilihan material pakaian ialah sangat penting untuk memastikan kepuasan pelanggan anda. Oleh sebab ia melibatkan cara pakaian itu dipakai, cara mencuci, adakah ia akan memudar, adakah ia akan mengecut dan tempoh pakaian itu boleh bertahan.

 

Jenama

Jenama yang kukuh akan lebih menggalakkan pelanggan untuk membeli, berkongsi dan membeli semula produk anda. Oleh itu, jenama anda mesti merangkumi imej yang dibawa oleh jenama itu sendiri juga sesuai dengan cara hidup masyarakat.

 

#2 Jadi dropship

Era ini,memulakan satu busines dropship ialah antara cara yang mudah untuk menjana pendapatan secara atas talian. Anda boleh menjimatkan masa dalam menyusun strategi untuk berjaya dalam model busines dropshipping ini.Starting a dropshipping business is one of the easiest ways to make money online in this era. Cara ini tidak memerlukan anda mengeluarkan wang pendahuluan atau modal yang besar untuk menyediakan stok dalam jumlah yang banyak.Oleh itu, anda dapat mengelak daripada kerugian.

 

Dalam apa juga jenis bisnes, menentukan kumpulan sasaran ialah step yang paling penting kerana ia merupakan keputusan yang paling mecabar. Walau bagaimanapun, produk baru dan kumpulan sasar sentiasa berubah mengikut kesesuaian. Maka, ini menunjukan anda akan mempunyai peluang setiap masa. Seterusnya, anda perlu mencari seorang pembekal kepada dropship yang boleh dipercayai. Pembekal dropship yang bagus pula mesti mempunyai pengalaman yang lama dan elakkan daripada mengenakan yuran caj pesanan yang tinggi, menyediakan khidmat penghantaran yang cepat, mempunyai barang yang berkualaiti juga gambar produk yang berkualiti dan akhir sekali menyediakan rujukan jika diperlukan.

 

#3 Menjual hasil seni anda secara online

Kini, anda boleh menhasilkan wang daripada hasil seni atau karya anda melalui pameran seni anda sendiri di platform e-commerce anda. Seni ialah satu benda yang tidak dapat dijelaskan secara langsung, tetapi dengan bantuan internet dan kemajuan teknologi, kita boleh menjadikannya sesuatu yang dapat disentuh dan digunakan untuk menghias ruang, sebagai contoh, gambar2 yang dicetak, poster yang dibingkaikan ataupun cetakan atas kanvas. Selain itu, kini dengan adanya beberapa pilihan mengubah hasil seni kepada bentuk digital seperti musik atau gambar untuk pelanggan muat turun dalam bentuk digital.

 

#4 Menjadi Personal shopper

Personal shoppers telah mengubah membeli belah menjadi satu tugas. Mereka menawarkan khidmat beli belah kepada siapa sahaja yang terlalu sibuk untuk tugas harian hingga tidak berkesempatan untuk membuat pembelian untuk mereka sendiri. Pembelian termasuk perbelanjaan runcit,barang barang peribadi termasuk pakaian dan perhiasan. Memilih pekerjaan yang  anda sukai akan membuat anda merasa seronok untuk bekerja dan tidak penat. Jadi, jika anda suka membeli belah ini merupakan salah satu ‘home-based bisness’ untuk anda. Selain itu, antara kelebihan lain ialah, kepuasan apabila menggembirakan pelanggan anda. Menyimpan kira2 adalah mudah kerana anda tidak ada stok yang perlu di ambil kira dan perbelanjaan mungkin amat sedikit dari segi kos petrol dan lain2 kos. Walaubagaimanapun, sebagai seorang pembeli belah peribadi, anda perlukan banyak kesabaran kerana perlu melayan permintaan dan citarasa setiap pelanggan yang pelbagai.

 

#5 Penerbitan buku anda sendiri

Sesetengah orang mempunyai minat dan bakat dalam penulisan sama ada dalam bentuk sains feksyen,puisi, buku motivasi dan lain lain. Sekarang ini terdapat pelbagai pilihan untuk  membuat penerbitan sendiri. Antaranya, anda boleh membuat jualan e-book dengan memuat turun versi digital atau menjual secara fizikal dengan membuat pemasaran secara online.

 

Berikut ialah step-step yang perlu anda ambil kira sebelum menerbit buku anda sendiri:

Memutuskan Sebab Anda Menulis Buku

Mengupah Editor yang Berpengalaman untuk Buku Anda

Menghasilkan Design yang Menarik untuk Kulit Buku

Meletakkan Harga untuk Buku Anda

Memaksimumkan hebahan tentang buku anda- promosi,perasamian dan lain-lain

 

***

Gunakan idea-idea ini untuk perancangan menjayakan perancangan anda. Siapa tahu idea mudah anda dapat menjana hasil? 🙂

 

Categorised in:

This post was written by Nina