TUKAR KOMEN PELANGGAN KEPADA PESANAN DENGAN MUDAH

Februari 4, 2019 4:47 pm Published by Leave your thoughts

Anda mempunyai banyak perkara yang perlu diselesaikan?

Terlalu penat untuk membalas beratus PM dan komen di Facebook satu per satu secara manual?

Mari kami bantu untuk melancarkan flow kerja anda.

Kami mempunyai jalan penyelesaian untuk salah satu masalah utama yang dihadapi setiap hari oleh peniaga diluar sana: Peniaga online meluangkan kebanyakan masa membalas dan menjawab kepada persoalan pelanggan di ruangan Facebook masing2 dan ada kalanya berlaku kehilangan pelanggan kerana peniaga mengambil masa yang lebih panjang untuk memberi maklum balas kepada setiap satu pesoalan baik di ruang komen mahupun masej.

Kami akan memudahkan kerja anda

Versi terbaru AVANA membolehkan ruang Facebook anda untuk membalas komen dan PM dari pelanggan secara automatik dan disertakan dengan link untuk proses pembayaran.

Anda juga boleh menguruskan pesanan daripada Facebook dan webstore di dalam satu dashboard yang sama.

Bagaimana ia berfungsi?

Beginilah apabila anda telah mengaktifkan ciri Auto PM Order untuk stor anda dan kongsikan tentang produk anda di ruangan Facebook.

 

Contohnya, jika pelanggan anda komen PM, ruangan Facebook anda akan membalas kepada komen tersebut secara automatik:

Sebagai tambahan, ruang Facebook anda juga akan PM pelanggan tersebut tentang maklumat produk juga link untuk proses pembayaran secara automatik:

Ciri ini akan membantu menaikan jumlah jualan stor anda kerana pelanggan anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu maklumbalas dari pihak anda yang mungkin akan mengambil masa berjam-jam atau berhari-hari kebiasaannya. Sejurus mereka menerima PM di ruangan masej, mereka akan dibawa ke page seteresunya secara automatik.

Daripada page ini, pelanggan hanya perlu mengisi maklumat peribadi dan alamat. Kemudian, pesanan mereka sedia untuk proses pembelian.

Berminat untuk tahu lebih lanjut?

Ikuti step-step tutorial ini: http://bit.ly/HowToUsePMOrder
Jika anda berminat dengan ciri ini untu stor anda, layari: http://bit.ly/AvanaAutoPMOrderSignup

Categorised in:

This post was written by Nina