Apa itu affiliate marketing?

Julai 9, 2019 10:29 am Published by Leave your thoughts

APA ITU AFFILIATE MARKETING?

Pernah dengar Affliate Marketing tetapi tidak tahu macam mana ia berfungsi?

Anda bukan seorang sahaja yang tidak tahu, ramai yang tidak tahu lagi tentang affiliate marketing ini walaupun ia telah
lama wujud dan ramai yang telah membuat duit dengan affiliate marketing ini.

Secara amnya, affiliate marketing ini adalah kita tolong promosikan produk orang lain dan kita akan dibayar komisen sekiranya ada jualan terhasil daru promosi yang kita lakukan.

Tetapi ada juga program affiliate lain yang kita tidak perlu menghasilkan jual tetapi diberi komisyen juga.

 

BAGAIMANA AFFILIATE MARKETING BERFUNGSI?

Affliate marketing dalam kata mudah, “menjual barang orang lain”. Konsepnya sama seperti salesman, anda bekerja di bawah satu syarikat, jual produknya dan anda dapat komisyen. Tetapi dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan sesuatu produk di dalam internet, dan ‘produk’ itu boleh jadi barang fizikal, software, membership, dan juga hotel booking.

Sebagai contohnya, laman web ‘amazon.com’ yang menjual segala jenis produk, dan amazon membenarkan anda untuk mempromosikan produk mereka di website atau Facebook anda sendiri.

Sekiranya produk itu dijual, anda akan dapat komisyen. Bergantung kepada laman web tersebut, anda boleh meperolehi komisyen sehinnga mencecah 20%. Melalui link yang anda berikan, pengunjung tetap akan dibawa ke laman web amazon.com dan membeli barang disana.  Uniknya disini adalah link yang anda sediakan terdapat nama akaun anda dan dari situlah amazon.com akan tahu siapa yang mempromosikan produk tersebut. Erti kata lain, jika rakan anda mahu membeli jam tangan contohnya di amazon.com, anda hanya suruh dia pergi ke laman web tersebut melalui link yang anda cipta dari amazon.com dan anda akan dapat komisyen. Perlu difahami bahawa satu produk satu link, maksudnya, setiap produk menghasilkan lain link.

 

APA YANG ANDA PERLUKAN UNTUK AFFILIATE MARKETING

  • Laman web
    Laman web anda juga memainkan peranan dalam proses pembelian. Contohnya anda membuat
    review tentang sebuah jam tangan, review yang di hasilkan perlulah tidak terlalu panjang dan mudah
    difahami. Untuk menjadikan lebih menarik, video juga boleh diletakkan. Tema juga penting dan
    mestilah sesuai dengan produk. Bergantung kepada kretiviti masing-masing untuk menarik minat
    pengunjung.
  • Laman sosial
    Laman sosial juga memainkan peranan yang sangat besar sekarang ini, anda boleh kongsikan review
    atau rekomen produk-produk tersebut terus kepada rakan-rakan dan kenalan anda di laman social.
    Kenapa lama sosial? Sebab disanalah anda senang nak mempengaruhi kenalan dan rakan-rakan,
    sebab apabila sesuatu produk itu menjadi topik perbualan, ia akan jadi sangat mudah untuk
    mendapatkan jualan. Menghasilkan video dan promosikannya melalui youtube, dan yang paling
    penting adalah kerap membaca blog orang lain dan selalu meniggalkan komen supaya pengunjung familiar dengan anda. Terdapat pelbagai cara lain lagi untuk mempromosikan laman web anda sama ada yang berbayar atau percuma.Dengan strategi cara yang betul, laman web dan laman sosial anda akan sendirinya dipenuhi denganpengunjung secara automatik. Lebih banyak pengunjung, lebih banyak pembelian akan dibuat.

 

3 JENIS AFFILIATE MARKETING

Untuk pengetahuan anda, affiliate marketing ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis:

  1. Program affiliate pay per sale
    Ini adalah program affiliate yang paling diminati dan menghasilkan pendapatan paling
    lumayan untuk pengemar-pengemar program affiliate. Affiliate pay per sale
    (PPL), maksudnya kita hanya akan dibayar jika berlaku proses pembelian hasil dari promosi
    yang kita lakukan. Dan jumlah komisen untuk ejen affiliate selalunya antara 10-50% dari
    harga sebenar produk. Contoh jika harga produk berharga RM120 dan komisen untuk setiap
    jualan ialah 50%, keuntungan anda RM60.
  2. Program affiliate pay per lead
    Ini pula program affiliate paling mudah untuk kita menghasilkan pendapatan. Jika anda
    berminat untuk menghasilkan pendapatan secara online dan masih baru, program affiliate
    pay per lead amat sesuai untuk anda. Tugas kita hanya perlu mengajak seberapa ramai
    orang yang berminat untuk mendapatkan produk percuma dengan mengisi borang yang
    mengandungi nama dan email mereka melalui link affiliate kita tanpa keluar sesen pun.
    Selalunya jumlah komisen untuk satu pendaftaran email, kita akan di bayar RM0.50 –
    RM3.00.
  3. Program affiliate pay per click
    Program affiliate pay per click pula adalah program affiliate yang paling senang antara
    ketiga-tiga program affiliate yang saya sebutkan di atas tadi. Tetapi antara program affiliate
    yang memberikan komisen paling murah sekali. Anda akan dibayar setiap kali, ada orang klik
    pada link affiliate yang anda promosikan. Jumlah bayaran bergantung kepada jumlah klik
    yang terhasil. Selalunya 1000 klik kita akan di bayar RM1.00.

 

KEBAIKAN AFFILIATE MARKETING

Antara kebaikan affiliate marketing adalah:

  • Percuma
  • Pengunjung dari seluruh dunia
  • Segala jenis produk anda boleh ketengahkan
  • Bekerja hanya di rumah
  • Bekerja ikut masa anda
  • Tidak perlu pengalaman

 

MACAM MANA NAK REGISTER JADI AFFILIATE?

Nak register mudah saja. Pergi ke mana-mana laman web yang ada program affiliate dan register.
Dekat dalam AVANA Apps ini pun ada juga, anda cuma pilih produk mana yang menarik hati anda
dari segi Brand atau komisyennya dan terus share kepada Facebook, Twitter atau blog anda!
Selamat membuat duit!

Categorised in: ,

This post was written by Nina